PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL IHKLAS

Dimulakan pada Sep 12, 2023

ADIK ARSYAD KRITIKAL PERLU BANTUAN SEGERA

RM740 / 14.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

33 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuhlah kita sama-sama beri perhatian kepada kes bayi kritikal ini. Semoga ada hati-hati yang baik sudi membantu.


Assalamualaikum sahabat semua di sini hadirnya Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas ingin mengajak sahabat semua untuk membantu bayi Mohd Arsyad yang baru berusia 4 bulan. Bayi ini adalah anak yatim di mana dia dijaga oleh ibu tunggal bersama neneknya juga. Mereka hidup dalam serba kekurangan, nenek mereka hanya menjaja makanan seperti keropok di hadapan pintu-pintu bank bagi kelangsungan hidup mereka sekeluarga. 



Adik Arsyad amat memerlukan bantuan dari kita semua, ibu kepada adik Arsyad tidak dapat bekerja kerana perlu menjaganya. Baru-baru ini, bayi ini dimasukkan ke hospital akibat paru parunya dijangkiti kuman. Bayi ini ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan susulan. Ibu dan nenek sedaya upaya berusaha untuk mencari rezeki bagi menguruskan pembiayaan bil hospital dan bil lain juga.




Mereka buntu dan akhirnya Allah lorongkan jalan mereka untuk berhubung dengan pihak admin Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas untuk meminta sedikit bantuan, jadi kami team pertubuhan sebulat suara untuk sama-sama mengajak sahabat semua memberikan sedikit bantuan kepada kehidupan keluarga ini. 




Bantuan yang kita berikan amatlah mereka harapkan, semoga Allah sentiasa memudahkan setiap urusan sahabat semua yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. Anak yatim ini amatlah memerlukan bantuan kita semua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat