INFAQ BAIKPULIH ASRAMA TEDUHAN KASIH MELAKA

RM256 / 0.51 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mengumpulkan dana untuk kerja-kerja baikpulih bangunan lama kerajaan untuk dijadikan asrama dan penempatan rawatan dan pemulihan Teduhan Kasih Melaka.


Tujuan kempen ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi membaikpulih bangunan untuk dijadikan asrama penempatan rawatan dan pemulihan penagihan di Teduhan Kasih Melaka. 



“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Ayat 60 surah at-Taubah)



Bekas penagih dadah merupakan golongan yang disenaraikan asnaf ar-riqab iaitu orang-orang yang dibelenggu dan cuba membebaskan diri dari cengkaman masalah yang dilalui. Golongan ini perlu dibantu dan salah satu golongan yang termasuk golongan layak menerima infaq.



Pengumpulan dana untuk kerja-kerja baikpulih bangunan terbiar untuk dijadikan asrama penempatan rawatan dan pemulihan Teduhan Kasih Melaka yang kondusif khususnya untuk membantu anak-anak bangsa mendapatkan rawatan dan pemulihan yang lebih baik.



Teduhan Kasih Melaka juga merangkakan pelan kemahiran vokasional khususnya di bidang pertanian, baikpulih kenderaan, kimpalan dan pertukangan tangan demi meningkatkan keupayaan berdikari pelanggan selepas proses rawatan dan pemulihan. Setiap sumbangan yang disalurkan akan dapat membantu lebih ramai anak bangsa membebaskan diri dari cengkaman gejala penagihan dan mewujudkan masyarakat Malaysia Madani. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2023

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat