Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian kempen
RM6,150 / 30.75 %
Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM20,000
240 penyumbang
38 Baki Hari
Alhamdulillah, Projek Telaga Air 1, juga di pulau ini telah pun siap. Telaga yang sulung ini adalah untuk kegunaan Sekolah Rendah Tanjung Manawali dan penduduk sekitar sekolah ini. Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala jariah kepada anda yang telah berinfaq untuk projek yang pertama tersebut.
Berikut adalah beberapa gambar Projek Telaga Air 1
Kos mengangkut bahan binaan dari tanah besar ke pulau ini sahaja memakan hampir 20% - 30% dari kos keseluruhan kerana perlu sewa sebuah bot besar / kapal dan di tambah dengan keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu, tiada kontraktor yang sanggup mengambil upah membuat telaga ini melainkan dengan bayaran yang setimpal.
Untuk pengetahuan, Surau Tanjung Manawali ini adalah satu-satunya 'Rumah Allah' yang dijadikan tempat solat berjemaah dan solat Juma'at di Pulau ini. Sekarang, Surau ini bergantung 100% kepada tadahan air hujan bagi tujuan pembersihan, bilik air dan untuk berwuduk. Pihak Surau sendiri meminta Iltizam Relief Society untuk membantu membina sebuah telaga air dengan pam air sama seperti yang telah kami bina untuk Sekolah di situ.
Gambar 3: Pembinaan Telaga dan pondok untuk menghalang daun-daun jatuh ke dalam telaga
Gambar 4: Lihat pemasangan paip sahaja dari telaga, iaitu sumber air, ke sekolah sejauh hampir 300 meter.
Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah:
ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه
Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Riwayat al-Bukhari)
Jom kita rebut peluang saham akhirat ini.
Jom #BuatBaik!
Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 22, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 22, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 21, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 21, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 21, 2022