ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada May 09, 2022

KEMPEN INFAQ PROJEK TELAGA AIR UNTUK SURAU

RM10,415 / 52.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

405 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen mengumpul dana untuk melaksanakan Projek Telaga Air untuk kegunaan satu-satunya Surau di Pulau Tanjung Manawali di Kudat. Surau ini hanya bergantung kepada air hujan untuk sumber air bersih.


PROJEK TELAGA AIR KE 2 (Untuk kegunaan satu-satunya Surau di Pulau Tanjung Manawali, Kudat, Sabah)


Alhamdulillah, Projek Telaga Air 1, juga di pulau ini telah pun siap. Telaga yang sulung ini adalah untuk kegunaan Sekolah Rendah Tanjung Manawali dan penduduk sekitar sekolah ini. Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala jariah kepada anda yang telah berinfaq untuk projek yang pertama tersebut.


Kini kami buka peluang untuk menyumbang Projek Telaga Air yang kedua pula dengan RM200 untuk 1 lot atau infaq ikhlas jumlah yang termampu.


Berikut adalah beberapa gambar Projek Telaga Air 1


Gambar 1: Tangki untuk sekolah dibawa dengan kapal / bot besar, kemudian dibawa dengan bot kecil ke pantai.


Gambar 2: Tangki-tangki kemudian diusung ke sekolah yang terletak di atas bukit


Seperti juga telaga yang pertama, projek telaga air yang ke 2 ini juga luar biasa mencabarnya.


Kos mengangkut bahan binaan dari tanah besar ke pulau ini sahaja memakan hampir 20% - 30% dari kos keseluruhan kerana perlu sewa sebuah bot besar / kapal dan di tambah dengan keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu, tiada kontraktor yang sanggup mengambil upah membuat telaga ini melainkan dengan bayaran yang setimpal.


Untuk pengetahuan, Surau Tanjung Manawali ini adalah satu-satunya 'Rumah Allah' yang dijadikan tempat solat berjemaah dan solat Juma'at di Pulau ini. Sekarang, Surau ini bergantung 100% kepada tadahan air hujan bagi tujuan pembersihan, bilik air dan untuk berwuduk. Pihak Surau sendiri meminta Iltizam Relief Society untuk membantu membina sebuah telaga air dengan pam air sama seperti yang telah kami bina untuk Sekolah di situ.



Tiada amalan yang kita dapat pahala berterusan yang kita boleh bawa ke akhirat kecuali hasil pahala dari amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Inilah peluang untuk anda. Jangan tinggalkan amalan bersedekah pasca Ramadhan, sebaliknya amalan ini perlu berterusan mengikut kemampuan kita.



Gambar 3: Pembinaan Telaga dan pondok untuk menghalang daun-daun jatuh ke dalam telaga





Gambar 4: Lihat pemasangan paip sahaja dari telaga, iaitu sumber air, ke sekolah sejauh hampir 300 meter.



Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah:

ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه

Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Jom kita rebut peluang saham akhirat ini.
Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Humaira binti Zohdi

Jumlah: 3

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat