ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Aug 06, 2025

BANTU PENDUDUK ISLAM DI SRI LANKA DAPATKAN AIR BERSIH

RM878 / 6.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM13,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Majoriti penduduk Islam tidak mempunyai akses air bersih ramai di antara mereka terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air bersih berpuluh kilometer. Jom bantu mereka!


Di kawasan pedalaman Mannar dan Trincomalee, Sri Lanka, ratusan keluarga terutama dari komuniti Muslim yang miskin menghadapi kesukaran mendapatkan air bersih setiap hari. Melalui kerjasama dengan Islamic Relief Committee Sri Lanka, Iltizam berhasrat membina 10 telaga dalam berkuasa solar, yang akan memberi kesan besar kepada kehidupan mereka.



Setiap telaga akan dibina berdekatan 30-50 keluarga (anggaran 250 orang) dan akan dilengkapi dengan tangki air serta pam tangan, memastikan akses air bersih secara berterusan. Penduduk di Mannar dan Trincomalee terpaksa bergantung kepada sumber air tercemar atau perlu berjalan jauh untuk mendapatkan air. Keadaan ini menyebabkan pelbagai penyakit dan memberi tekanan kepada golongan wanita dan kanak-kanak.



Kawasan ini tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada kerajaan atau NGO tempatan. Tanpa tindakan segera, mereka akan terus terperangkap dalam kitaran kemiskinan dan penderitaan. Kos 1 Telaga Dalam Berkuasa Solar adalah RM15,000. Setiap telaga bukan sekadar bekalan air, tetapi talian hayat yang menjamin kesihatan, maruah dan kehidupan yang lebih baik buat komuniti.



Sumbangan anda akan digunakan terus untuk membina telaga dalam lengkap dengan sistem solar, memberikan sumber air bersih yang mampan kepada komuniti yang amat memerlukan.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 20, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2025

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2025

Kempen Sumbangan Tamat