PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Apr 04, 2023

ALIRKAN PAHALA MELALUI INFAQ TELAGA AIR

RM3,570 / 119.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

75 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq Telaga Air merupakan projek penambahbaikan pengairan dan saliran air telaga terus kepada penerima manfaat di Pusat Pengajian Ulum Arabiah. Dengan siapnya projek ini akan memberi 1000 kebaikan.


Pusat Pengajian Ulum Arabiyah ini memerlukan dana bantuan untuk mereka merealisasikan Projek Telaga Air mereka dapat dimanfaatkan oleh seluruh komuniti yang berada di sekitar pusat pengajian berkenaan.



Dana diperlukan bagi Fasa 1 ini sangat tinggi


Pusat Pengajian Ulum Arabiah dan Pondok Warga Emas terletak di Kg Sungai Darak, Kuala Ketil, Kedah. Pusat pengajian ini merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang berteraskan pembelajaran tahfiz menggunakan kitab-kitab turath (kitab kuning). Selain itu, pihak Pusat Pengajian Ulum Arabiah juga memberikan khidmat menjaga anak-anak yatim serta warga emas secara percuma. Kini pihak Ulum Arabiah sedang dalam proses menyiapkan beberapa lagi rumah untuk warga emas dan anak yatim berlindung di situ disamping memberikan peluang kepada guru-guru berbakti kepada Ulum Arabiah.



KENAPA MEREKA MEMERLUKAN PROJEK TELAGA AIR INI?


Pihak ulum Arabiah kini memerlukan bantuan awam untuk melestarikan projek telaga air mereka yang mana antara permasalahan utama yang sering mereka hadapi adalah terputus bekalan air serta tekanan air yang sangat rendah menyebabkan mereka kekurangan sumber air bersih.


Oleh itu, mudir Pusat Pengajian berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali tanah untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Rentetan daripada beberapa masalah yang dihadapi, Mudir membuat keputusan mereka memerlukan sumber air tambahan iaitu daripada telaga untuk disalurkan terus kerumah-rumah dan seluruh kompleks pusat pengajian berkenaan.



TUAN-PUAN MEREKA PERLU SEGERAKAN PROJEK INI


Mereka semua menerima manfaat daripada infaq yang kita alirkan kepada mereka. Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.


Oleh itu, mudir Pusat Pengajian berkenaan mengambil inisiatif dengan menggali tanah untuk mendapatkan sumber air tambahan daripada sumur yang aktif dan mengeluarkan banyak air. Rentetan daripada beberapa masalah yang dihadapi, mudir membuat keputusan mereka memerlukan sumber air tambahan iaitu daripada telaga untuk disalurkan terus ke rumah-rumah dan seluruh kompleks pusat pengajian berkenaan.



Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Jul 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 22, 2023

NORIZAN

Menyumbang sebanyak RM200.00

Jul 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat