ALIRKAN PAHALA MELALUI INFAQ TELAGA AIR UNTUK MUALAF

Dimulakan pada:
02 Apr, 2024
ALIRKAN PAHALA MELALUI INFAQ TELAGA AIR UNTUK MUALAF
10.60%
RM742
/RM7,000
42
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Infaq Telaga Air merupakan projek penambahbaikan pengairan dan saliran air telaga terus kepada penerima manfaat di Masjid Ar-Raudhah. Projek ini akan memberi manfaat kepada 10 keluarga saudara baru.

Masjid Ar-Raudhah merupakan masjid kecil yang dibina oleh seorang pendakwah/ustaz bernama Osman Uma yang berasal daripada Patani kemudian berhijrah ke Wilayah Nong Khai, Thailand, demi merencanakan kerja dakwah dan menggiatkan kegiatan Islam di bumi Utara Timur Thailand. Masjid ini didirikan atas dasar membangunkan usaha murni menggerakkan aktiviti pengajian Islam dan pengenalan asas Islam kepada Muallaf yang sudah masuk Islam hampir 10 keluarga.

Dana diperlukan untuk membangunkan telaga ini dianggarkan sebanyak RM7,000 sahaja.

Masjid sudah ada, tetapi air untuk berwuduk dan untuk kegiatan masjid masih belum tersedia. Kami ingin membantu mualaf-mualaf ini mendapatkan sumber air yang berterusan.

Air sedia adalah dalam keadaan keruh dan berwarna.

Air yang ada setakat ini dikongsi kepada 1 keluarga mualaf yang masuk Islam yang mana telaga tersebut merupakan telaga tiub (boring). Kedalaman telaga berkenaan hanya sekitar 40 kaki dan hanya mencukupi untuk kegunaan 1 keluarga sahaja.

Wakil B-Humanity meninjau lokasi masjid berkenaan dan mendapati tangki simpanan air wuduk kering dan kosong.

Keluarga yang tinggal berkdekatan masjid terpaksa membeli air dari luar kawasan kampung yang jauhnya 5km untuk kegunaan harian dan minuman.

Di sinilah tapak projek air bersih yang akan dijalankan.

Mereka semua menerima manfaat daripada infaq yang kita alirkan kepada mereka. Kami mengalu-alukan tuan/puan yang berbesar hati untuk berinfaq bersama-sama dalam pembinaan projek Telaga air ini, semoga ia menjadi saham akhirat kita kelak.

Tim B-Humanity bersama beberapa penduduk kampung mualaf.

Penduduk kampung muallaf serta pendiri masjid berkenaan mendoakan kita semua agar dapat meringankan beban dan membantu mengumpulkan dana secepat mungkin bagi membantu pembinaan telaga air berkenaan.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 16, 2024
MUHAMMAD AKRAM
Menyumbang sebanyak RM40.00
Jun 09, 2024
MUHAMMAD AKRAM
Menyumbang sebanyak RM40.00
Jun 09, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ DI JALAN ALLAH MEMBINA BANGUNAN UNTUK PELAJAR ISLAM
RAYUAN SUMBANGAN DANA PENDIDIKAN
BERI PENDIDIKAN LAYAK UNTUK YATIM DHUAFA BISA TERUS SEKOLAH
BANTU MADRASAH AL-MUHSININ MENYOKONG RANGKAIAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
INFAQ UNTUK MEMBELI BUKU PERPUSTAKAAN PELAJAR ISLAM
Kempen Sumbangan Tamat