ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Oct 18, 2022

RAYUAN PROJEK TELAGA AIR ILTIZAM

RM77,351 / 96.69 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000

2513 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia sama-sama memyumbang untuk membina banyak telaga air di pulau-pulau terpencil dan miskin di Sabah yang amat memerlukan sumber air bersih.


Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud).



Walaupun negara kita telah pun merdeka selama 65 tahun, terdapat tempat-tempat di pedalaman Malaysia yang tidak mempunyai sumber air bersih kecuali dengan menadah air hujan atau bergantung dengan air telaga. Di Sabah, banyak pulau-pulau kecil yang mempunyai penduduk hampir 100% beragama Islam. Selain dari keadaan yang dhaif dan miskin serta belum ada kemajuan, keperluan paling asas dan paling mendesak di pulau-pulau ini adalah air bersih.





Menyedari keperluan penduduk di pulau-pulau ini, Iltizam Relief telah memulakan projek telaga air di Sabah pada Mac 2022. Bermula dengan telaga air untuk Pulau Tanjung Manawali yang melibatkan 2 fasa. Projek ini telah pun siap sepenuhnya dan kini bermanfaat untuk masjid, penduduk kampung dan sebuah sekolah rendah di pulau ini.


Alhamdulillah, dengan sokongan para penderma termasuk kerjasama dari Sumbangan.com, kami telah menyiapkan 2 lagi projek telaga air iaitu di Kg Bayangan Laut (Pulau Banggi) dan di Kampung Inaruntung, Pitas. Namun, terdapat banyak lagi pulau-pulau yang memerlukan bantuan kita semua!





Kami bercadang terus menerajui anda berbakti di tanah air kita, khususnya di Sabah ini. Kami bercadang membina lebih banyak telaga-telaga air di pulau-pulau termiskin ini. Pulau-pulau ini terpencil. Contohnya, ada pulau yang mengambil masa 5 jam pelayaran untuk ke Kudat. Tanpa telaga air, mereka perlu bergantung harap dengan air hujan sahaja.


Apabila musim kemarau, mereka akan menghadapi krisis air lalu terpaksa membeli air botol untuk diminum dari tanah besar. Sabah dan pulau-pulaunya adalah kedaulatan negara kita Malaysia. Ada negara jiran cuba menuntut Sabah dari kita. Maka inilah masanya kita tunjuk pulau-pulau ini milik siapa! Kita wajib ambil peduli negeri Sabah!





Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada penduduk kampung, masjid/surau dan sekolah. Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air tetapi lengkap dengan menara tangki air dan pam air bermotor serta pagar di keliling telaga air untuk keselamatan.


Seperti disebut di atas, kampung-kampung yang akan dibina telaga air adalah di pulau-pulau terpencil di perairan Sabah. Maka ini memerlukan kapal kecil untuk mengangkut barang-barang binaan. Oleh itu, kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka supaya tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih.



Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah swt. Ayuh para penderma, Sabah milik Malaysia. Jom bina telaga air di sana!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

WAN FADZLINA BINTI WAN MOHD AZMI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat