PROJEK TELAGA AIR DI BANGLADESH BERSAMA IRMA HASMIE DAN CHEF IMELDA

Dianjurkan oleh:
ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Dimulakan pada:
02 Oct, 2023
PROJEK TELAGA AIR DI BANGLADESH BERSAMA IRMA HASMIE DAN CHEF IMELDA
4.10%
RM410
/RM10,000
21
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Jom bersama Irma Hasmie dan Chef Imelda Harris, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia untuk membantu penduduk di Bangladesh bagi mendapatkan bekalan sumber air bersih supaya mereka terus hidup.

Bayangkan setiap pagi, apabila bangun sahaja daripada tidur, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah di mana dan bagaimana cara untuk mendapatkan air bersih yang selamat untuk diminum.

Kehidupan penduduk Bangladesh sangat mencabar kerana 20.5 peratus populasinya hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan kurang RM10 sehari. Hanya 40 peratus penduduk sahaja mempunyai akses kepada kemudahan sanitasi dan kebersihan diri. Dianggarkan 50 juta orang kekurangan akses sumber air bersih, hingga memaksa mereka menggunakan air yang dicemari racun arsenik untuk kegunaan harian. Racun arsenik boleh mengakibatkan kanser kulit, hati, buah pinggang, pundi kencing dan penyakit jantung.

“Hidup kami sekeluarga sangat susah. Setiap hari, suami saya terpaksa membanting tulang untuk memastikan kami sekeluarga tidak kelaparan. Kami bukan sahaja menghadapi masalah kekurangan makanan, malah akses kepada air bersih juga sukar. Anak-anak saya selalu jatuh sakit kerana air yang kami minum sudah tercemar dan tidak bersih."

“Saya terpaksa berulang-alik tiga kali sehari untuk mengangkut air bersih. Badan saya selalu sakit-sakit kerana kerap berjalan kaki dan membawa beban yang berat. Sejak mengetahui Islamic Relief bakal membina telaga tiub di sini, kami sekeluarga sangat teruja dan tidak sabar menantikannya. Syukur, akhirnya penderitaan kami bakal berakhir,” kata Anwara Begum.

Islamic Relief sudah mula membantu penduduk Bangladesh sejak tahun 1991, ketika negara itu dilanda bencana siklon. Pelbagai bentuk bantuan disalurkan sepanjang lebih 3 dekad ini antaranya bantuan kecemasan, pek makanan, perlindungan, pendidikan, tajaan anak yatim dan membekalkan sumber air bersih. Projek membekalkan sumber air bersih ini sangat giat dijalankan oleh Islamic Relief di Bangladesh kerana ia mampu menyelamatkan nyawa mereka khususnya kanak-kanak yang mempunyai sistem imunisasi badan yang rendah.

Tahun ini, Islamic Relief Malaysia menyasarkan pembinaan 30 telaga tiub. Satu telaga tiub berharga RM7,080 dan terhad kepada 12 penama atau lot bagi setiap telaga. Sebanyak 360 lot wakaf ditawarkan menerusi projek ini dengan harga satu lot RM590. Kelebihan bagi anda yang menyertai pembelian lot wakaf untuk projek telaga air di Bangladesh adalah senarai penama akan diletakkan di plat telaga yang dibina. Impak pembinaan projek telaga air di Bangladesh sangat besar. Jadi, jom bersama kita ringankan beban mereka, agar mereka juga dapat menikmati sumber air bersih dengan mudah.

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban)nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

09 Oct 2023

Mari dengarkan apa yang Chef Imelda nak cakap.

Chef sendiri sangat teruja melihat impak telaga yang sudah dibina.

https://www.instagram.com/reel/CyDtZIVx74D/

09 Oct 2023

Alhamdulillah dengan izinnya kami telah tiba ke Bangladesh pada Khamis lepas 5 Oktober 2023. Setiba sahaja di Bangladesh, kami melawat pejabat Islamic Relief Bangladesh sebelum berangkat ke Madhupur bagi menyaksikan kawasan projek telaga tiub.

Mari saksikan video pendek perjalanan kami di Madhupur.

04 Oct 2023

Kami sudah bersedia untuk berlepas ke Bangladesh bagi menyempurnakan Misi "Caring World" ke Bangladesh

Doakan segala urusan kami dipermudah

https://www.instagram.com/reel/Cx757yWRT-T/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 10, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH TERBAIK DI JUMAAT BERKAH UNTUK PARA PELAJAR TAHFIDZ QURAN
DANA BANTUAN OPERASI KEBAJIKAN DAN PENGAJIAN ANAK YATIM DAN ASNAF
TABUNG TANGKI AIR BARU DAN PEMASANGAN PAIP AIR TAHFIDZ
INFAK LEMBU LANCARKAN IBADAH KORBAN DI TAHFIZ
ELEKTRIK MENYALA AL QURAN TERPELIHARA INFAQ UTILITI ELEKTRIK TAHFIZ
Kempen Sumbangan Tamat