ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 12, 2024

SERTAI KAMI MENYEDIAKAN AIR BERSIH DAN MENYELAMATKAN NYAWA DI BANGLADESH

RM1,037 / 10.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

98 Penyumbang

283 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama kita meringankan bebanan yang dialami penduduk Bangladesh yang berdepan dengan permasalahan pencemaran air bersih.


Bangladesh kini berdepan dengan krisis air yang teruk. Kehadiran arsenik dan pencemaran lain dalam air bawah tanah telah menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Tanpa sanitasi dan air bersih yang mencukupi, ramai yang terdedah kepada bahan pencemar yang berbahaya yang boleh menjejaskan organ dalaman.



Kesan pencemaran ini sangat mengerikan seperti peningkatan risiko kanser hati, paru-paru, dan hempedu. Kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung dan diabetes. Dianggarkan 43,000 kematian setiap tahun disebabkan oleh keracunan arsenik dalam sumber air bersih



Untuk menangani krisis ini, Islamic Relief Malaysia kini dalam usaha membina beberapa buah telaga tiub di kawasan yang terjejas. Telaga-telaga ini mampu bertahan sehingga 10-20 tahun, menyediakan sumber air bersih yang mampan. Kelebihan telaga tiub ini membolehkan air boleh dipam dengan mudah hanya menggunakan jari. Kami melatih penduduk kampung untuk menyelenggara dan menjaga telaga ini. Telaga dipasang secara strategik, mengurangkan jarak yang perlu dilalui penduduk untuk mendapatkan air bersih


Menyaksikan Kejayaan: Lawatan oleh Ikon Kemanusiaan Kami


Pada bulan Oktober 2023, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, Sr Imelda dan Sr Irma Hasmie, menyaksikan sendiri kejayaan projek telaga tiub yang telah dibina oleh Islamic Relief Bangladesh. Projek-projek ini dibiayai oleh sumbangan orang awam yang dikumpul melalui pelbagai aktiviti kutipan dana yang dianjurkan oleh Islamic Relief Malaysia.



Kisah Kejayaan: Hidup yang Berubah


"Saya dan keluarga saya selalu jatuh sakit akibat penyakit yang berpunca dari air. Kami terpaksa menghabiskan banyak wang untuk perbelanjaan perubatan dan ubat-ubatan. Sekarang, dengan telaga tiub dari Islamic Relief, anak-anak saya lebih sihat dan boleh ke sekolah seperti biasa."- Karabe Mree


Kisah Karabe hanyalah satu daripada banyak kisah kejayaan. Sokongan anda dapat membantu kami menyediakan lebih banyak telaga tiub, membawa air bersih dan harapan kepada banyak keluarga. Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan dalam kehidupan mereka yang memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Aug 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2024