PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Feb 13, 2025

TELEKUNG RAMADHAN

RM160 / 0.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU SEDEKAH TELEKUNG UNTUK WARGA EMAS!


Kita tahu yang di bulan Ramadhan ini, setiap amal kebajikan kita diberi pahala berlipat kali ganda. Setiap sedekah kita akan membuahkan tangkai yang bercambah-cambah banyaknya. Ini kerana bulan Ramadhan ialah bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Allah SWT telah memilih bulan Ramadhan untuk beberapa peristiwa besar seperti peristiwa penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran), pembukaan Kota Mekah (Fath Makkah), pembukaan Kota Andalusia dan lain-lain.



Di samping itu juga, Alllah SWT telah mengkhususkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan di dalamnya iaitu malam al-Qadr (Lailatul Qadr). Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:


لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ


Maksudnya: Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. (Surah al-Qadr: 3)



Oleh sebab itu, Allah SWT telah menggandakan amalan yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Bagi kalian yang ingin bersedekah jariah, ini ada satu peluang untuk infak telekung kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf.



Sesungguhnya sedekah yang terbaik adalah sedekah yang diberikan ketika kamu sihat dan ketika itu kamu sangat takut kefakiran serta mengharapkan kekayaan.



Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya bersedekah untuk diri sendiri sebagai persediaan saat kematian. Perkara ini disarankan oleh Baginda SAW dalam sabdanya:


"Jika matinya anak Adam maka akan terputus semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariah yang pernah dilakukan ketika hayatnya, ilmu yang dimanfaatkan atau anak-anak soleh yang mendoakannya".


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 14, 2025

Kempen Sumbangan Tamat