MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 19, 2025

MOHON SUMBANGAN MEMBELI TELUR AYAM SEGAR UNTUK PELAJAR

RM450 / 15.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak maahad tahfiz al-Quran ingin mengajak untuk sama-sama membantu mendapatkan telur yang mencukupi kepada pelajar kami. Jom bantu!


Assalamualaikum wbt, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru kepada tuan/puan yang dirahmati Allah SWT sekalian untuk melakukan amal soleh di bulan Syaaban yang mulia ini dengan bersedekah untuk mendapatkan bekalan telur yang mencukupi kepada anak-anak tahfiz di sini. Sehingga hari ini, maahad kami dapat beroperasi dengan baik dengan berkat sumbangan anda.



Oleh kerana itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran ingin mengajak lagi dan lagi untuk sama-sama membantu mendapatkan telur yang mencukupi. Telur ialah zat gizi yang membentuk setiap sel dan jaringan penyusun tubuh manusia, seperti otot, otak, peredaran darah, tulang, dan banyak lagi. Dengan adanya telur yang mencukupi, para pelajar tidak menjadi lapar ketika sesi pegajian di dalam kelas.



"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian itu adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)



Marilah kita rebut peluang ini dengan berinfaq di bulan Syaaban ini yang penuh berkat. Pihak maahad berharap muslimin dan muslimat dapat sama-sama membantu kami untuk memdapatkan telur. Semoga para perinfaq dipanjangkan umur dan  dimurahkan rezeki.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 20, 2025

Kempen Sumbangan Tamat