MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Dec 31, 2024

TABUNG INFAQ TELUR BUAT ANAK ANAK MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

RM140 / 4.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Jom bantu sedekah telur kepada pelajar tahfiz ini.


Assalamualaikum wbt, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian untuk melakukan amal soleh dengan bersedekah dan berinfaq untuk mendapatkan telur yang mencukupi kepada pelajar tahfiz di sini. Untuk makluman sekalian, maahad tahfiz kami mempunyai pelajar seramai 38 orang pelajar. Alhamdulillah, dengan bantuan dan izin Allah SWT maahad ini telah beroperasi selama 15 tahun.



Telur mengandungi banyaknya kandungan protein seperti vitamin A, B12, dan selenium dalam menyokong imuniti badan seseorang serta baik untuk kesihatan tulang disebabkan kandungan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium. Sajian telur kerap dihidangkan kepada para pelajar di sini supaya dapat memberi tenaga dan sangat baik kepada tumbesaran serta kesihatan anak-anak tahfiz ini.


Sehubungan itu, pihak maahad melancarkan kempen ini dengan bermula serendah RM10 bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk berinfaq bekalan kepada maahad tahfiz kami di sini. Dengan adanya bekalan telur yang mencukupi, para pelajar tidak akan menjadi mudah kelaparan semasa pengajian. 



Sayyidina ‘Ali meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Bersegeralah kamu untuk memberi sedekah kerana sesungguhnya bala tidak melampaui sedekah.”(Misykat: Razin)



Akhir kata, marilah membantu berinfaq telur kepada mereka yang memerlukan makanan dan sumber protein dalam membantu dalam menghafal Al-Quran. Semoga dengan amal sedekah atau infaq yang diberikan diganjari oleh Allah SWT dengan keberkatan hidup, rahmat, dan pahala yang berterusan. Ini akan menjadi bekal akhirat yang tidak putus-putus pahala hingga hari kiamat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 17, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 16, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 10, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 10, 2025

Kempen Sumbangan Tamat