Banjir yang melanda beberapa kawasan di Sumatra telah memusnahkan ribuan rumah dan memaksa ramai keluarga berpindah ke pusat pemindahan sementara. Dalam keadaan sesak dan serba kekurangan, ramai mangsa terpaksa berehat tanpa alas tidur yang mencukupi serta ruang yang selamat dan bermaruah.

Ketika rumah hilang ditelan banjir, perlindungan sementara menjadi harapan.

Mangsa banjir, khususnya kanak-kanak, wanita dan warga emas, kini terpaksa berlindung di pusat pemindahan yang sesak dan serba terhad. Kekurangan alas tidur, ruang privasi, serta perlindungan yang selamat meningkatkan risiko kesihatan, tekanan emosi, dan ketidakselesaan harian. Tanpa sokongan perlindungan sementara yang mencukupi, keadaan ini boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan mangsa sepanjang tempoh kecemasan dan pemulihan awal.

Kempen ini bertujuan menyediakan tempat perlindungan sementara yang lebih selamat, bersih dan bermaruah agar mangsa banjir dapat berehat, memulihkan tenaga, dan meneruskan kehidupan sementara menunggu keadaan pulih.

Dengan setiap sumbangan, anda membantu menyediakan ruang perlindungan yang memberi rasa selamat kepada mereka yang kehilangan rumah. Tidak kira besar atau kecil sumbangan anda, setiap bantuan adalah tempat berteduh buat mereka yang sedang diuji.
Bersama, kita sediakan perlindungan sementara, demi maruah dan keselamatan mangsa banjir.
Jom #BuatBaik!
Alhamdulillah, pasukan bantuan telah berjaya menyalurkan bantuan alas tidur kepada mangsa banjir di Sumatra bagi menyediakan tempat rehat yang lebih selesa dan selamat di pusat pemindahan sementara.

Bantuan ini diharapkan dapat membantu mangsa mendapatkan waktu rehat yang lebih baik selepas melalui hari-hari yang sukar, terutama di kawasan posko yang serba terbatas.

Kami mengajak orang ramai untuk terus bersama kami dalam misi kemanusiaan ini. Sokongan dan sumbangan anda amat diperlukan bagi memastikan lebih ramai mangsa banjir mendapat kemudahan tempat rehat yang lebih baik serta bantuan lain yang diperlukan.
Link Donasi: https://sumbangan.com/tempatberlindungmangsabanjir

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini