DANA PENGURUSAN RUMAH PERLINDUNGAN ANAK YATIM DAN MISKIN

RM27,090 / 54.18 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

805 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini diadakan untuk mendapatkan dana bagi memenuhi keperluan rumah perlindungan ini. Segala keperluan bagi penghuni di rumah ini adalah ditanggung sepenuhya oleh pihak pengurusan.


Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi yang dahulunya dikenali atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha (1410-11-SEL) telah diusahakan oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Ummi Nasuha bertempat di Lot 410J, Jalan Changkat Mulia, Off Taman Berjaya 6, Kampung Changkat 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.



Bayangkan seramai lebih 70 orang anak-anak kecil mahupun remaja tinggal sebumbung dalam sebuah rumah yang kian sempit, malahan terdapat banyak kerosakkan yang tidak dapat dibaiki. Mereka ini terdiri daripada anak-anak yatim, piatu serta asnaf. Ada yang datang dari kawasan terdekat dan ada juga anak-anak yang datang dari jauh.


Sifat kasih ibu Ummi yang tidak sampai hati melihat apa lagi membiarkan anak-anak yang tidak berdosa ini diabaikan begitu sahaja. Malahan, Ummi terpaksa membawa pulang sebilangan anak-anak ini tidur di rumah Ummi sendiri ekoran rumah Teratak Ummi yang semakin padat.



AKTIVITI ANAK-ANAK TERATAK UMMI


Rumah Teratak Ummi adalah sebuah pusat jagaan untuk anak-anak yatim dan asnaf, yang memerlukan penjagaan dan tempat tinggal. Anak-anak di sini kami amat menitik beratkan dari segi keselamatan dan memberi keselesaan kepada mereka agar mereka tidak merasa tersisih dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik seperti anak anak di luar sana.



KEADAAN PERALATAN YANG ROSAK


Ini pula peralatan yang digunakan untuk anak-anak di sini, yang telah rosak dan perlu dibaiki bagi menjaga keselamatan anak anak di sini. Peralatan ini sudah lama dan usang, perlu ditukar baru dan ini semua melibatkan kos yang agak tinggi.



Seakan mustahil untuk kita hanya sembunyi tangan membiarkan anak-anak ini terus berada dalam situasi genting sebegini. Sama-sama kita bantu memelihara keperluan anak-anak yatim bagi memenuhi kewajipan sosial kita sebagai umat Islam.


“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (HR Muslim : No 4689)



Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Teratak Ummi ini tidak mempunyai dana khusus bulanan, malahan juga tahunan. Sejujurnya, ekonomi kami hanyalah datang daripada ehsan para dermawan yang datang memberi sedikit bantuan.



Namun, pihak kami lebih banyak mendapat bantuan berupa barangan terpakai malahan ada juga barangan yang sudah rosak. Bukan kami memilih, tapi kami juga memerlukan wang ringgit untuk menampung kos operasi Teratak Ummi ini serta pengurusan dan keperluan anak-anak ini.



Segera berinfak tunai sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi. Hebatnya pahala menyantuni anak yatim ini sehingga Allah SWT mengangkat darjat menjadi TEMAN RAPAT Rasulullah SAW di syurga kelak.


 هََل وُعْدََي حِلاََص دَلََو وََأ ،هِِب عَفَتْنُُي مْلِِع وََأ ،ةَيِراََج ةَقَدََص نِِم الِِإ :ةَثَالََث نِِم ّالإ هُلَمََع عَطَقْْنا ناَسْنِِإلا تاََم اََذإ :لاق ملسو هيلع هللا ىلص يبنلا نأ :هنع هللا يضر ةريره يبأ نع


"Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

MOHD RIZUAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2024

Kempen Sumbangan Tamat