Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH
Dimulakan pada Jul 11, 2025
RM490 / 0.98 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
31 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sedekah tikar masjid adalah amalan baik yang memberikan manfaat kepada jemaah yang beribadah di masjid. Dengan menyumbangkan tikar, anda membantu menyediakan tempat yang selesa untuk solat dan aktiviti keagamaan lain.

Kempen kali ini dilancarkan dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi pembelian tikar baharu untuk kegunaan masjid-masjid yang memerlukan. Jika sebelum ini, edaran tikar oleh pihak PKSJ lebih tertumpu kepada surau-surau kecil di sekitar kawasan tertentu, kali ini permintaan yang diterima jauh lebih meluas.

PKSJ menerima maklum balas dan rayuan daripada pelbagai pihak pengurusan masjid yang memerlukan tikar baharu untuk menampung jumlah jemaah yang semakin ramai serta menggantikan tikar lama yang telah lusuh dan rosak. Sehubungan itu, kempen ini dijalankan bagi membolehkan lebih banyak masjid menerima manfaat yang sama, demi keselesaan jemaah serta keberkatan ruang ibadah bersama.

Tikar yang telah diagihkan ke surau-surau sebelum ini bukan sahaja digunakan untuk keperluan harian, malah memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti masjid. Ia digunakan sebagai alas ketika majlis jamuan, program tahlil, serta aktiviti keagamaan lain.

Selain itu, tikar juga amat berguna ketika ruang solat utama tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah, terutamanya pada waktu solat Jumaat atau ketika program besar berlangsung, di mana jemaah terpaksa solat di luar ruang solat utama. Sesungguhnya, barangsiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya rumah di syurga. Semoga sumbangan sekecil mana pun, termasuklah tikar ini, menjadi saham akhirat yang berpanjangan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami