Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM410 / 13.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pada malam yang gelap dan dingin di Gaza, ribuan keluarga yang melarikan diri merasai getaran bom dan ancaman kematian tergantung di udara. Namun, cabaran mereka bukan sahaja datang dari serangan pengeboman tentera Zionis, tetapi juga dari suhu sejuk puncak yang mengancam nyawa mereka tanpa perlindungan dan bekalan pemanas. Marilah kita bersatu untuk membawa kemesraan dan harapan kepada mereka yang mendambakan keselamatan di tengah krisis ini.


Asar Humanity memegang amanah anda untuk mengumpul dana menyediakan tilam dan selimut untuk keluarga pelarian di Gaza. Dengan bantuan anda, kami boleh memberikan kemesraan dan keselesaan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal dan keselamatan mereka.


Setiap sumbangan yang anda berikan akan menjadi sumber kehangatan bagi mereka yang sedang mengalami krisis. Tidak kira betapa kecil derma anda, ia akan membuat mereka bertahan dari cabaran suhu dingin menusuk tubuh.

Dalam solidariti, marilah kita bersatu melawan malam-malam dingin di Gaza. Dengan sokongan bersama, kita dapat memberikan keselesaan dan meringankan beban mereka. Mulai dengan RM10 kita kutip bersama untuk memberikan kekuatan bagi saudara kita agar dapat bertahan hidup di musim hujan yang sejuk. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan bantuan berupa baju hangat kepada saudara kita di Gaza yang masih bertahan di kem-kem pengungsian. Di tengah cuaca dingin yang menusuk, wajah-wajah mereka kembali tersenyum dan hati mereka hangat dengan kehadiran bantuan ini.

Masyarakat Gaza mengucapkan terima kasih kepada para penderma dari Sumbangan.com yang telah berkongsi rezeki untuk meringankan beban mereka.

Saat ini, Gaza berada di penghujung musim dingin, namun perjuangan mereka belum selesai. Di samping menghantar bantuan baju hangat, ASAR Humanity juga akan terus menghantarkan bantuan makanan, air bersih, serta menyokong pembinaan semula rumah-rumah mereka yang musnah.

Jom teruskan derma kita untuk saudara-saudara di Gaza!
Setiap ringgit yang kita sumbangkan adalah harapan baru untuk mereka yang berjuang bertahan hidup di tanah air mereka sendiri.
https://sumbangan.com/agihanairbersihuntukpalestin
#HangatkanGaza
#SolidaritiUntukPalestin
#ASARHumanity
#SumbanganUntukGaza
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera di bulan Ramadan ini. Dalam ikhtiar kita menjaga saudara kita di Gaza yang terus berkesusahan kerana kekejaman penjajah dan sekatan Zionis, sumbangan dari anda telah kami agihkan dalam bentuk bantuan baju sejuk bagi kanak-kanak pelarian yang bermukim di kem perlindungan di Beit Laiya, Jabalia, Gaza Utara. Alhamdulillah ala kulli haal. Terima kasih banyak Tuan dan Puan! Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Rezeki yang Allah cucuri kepada kita menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!



Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jan 07, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 07, 2024
AHMAD SUFFIAN ABDUL HAMID
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 07, 2024
NORZIEY KAMSAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 07, 2024