ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 19, 2025

BANTU KEHIDUPAN WARGA EMAS DI PANDEGLANG BANTEN

RM140 / 1.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari kita rebut peluang ini untuk membahagiakan warga emas yang terlupa. Hadirkan bantuan untuk warga emas di Pandeglang, Banten.


Di sebuah perkampungan kecil di pedalaman Pandeglang, Banten, tersimpan kisah yang jarang didengar. Walaupun tidak terlalu jauh dari kota besar, kehidupan di sini sangat sederhana, jauh dari perhatian dan bantuan. Jarang sekali ada projek pembangunan sampai ke kawasan ini.


"Satu Tilam, Satu Harapan Untuk Hidup Lebih Selesa"



Penduduk di kampung ini tidak meminta-minta, mereka berusaha sendiri sedaya mungkin untuk terus hidup. Yang muda bekerja keras, walau dengan hasil yang tidak seberapa. Tapi yang paling menyentuh hati kami adalah keadaan warga emas iaitu ibu dan bapa tua yang kini terpaksa menghadapi hari-hari mereka dalam kesunyian dan serba kekurangan.



Ada yang sudah terlalu uzur untuk bekerja. Ada yang melawan sakit tanpa rawatan yang cukup. Ada juga yang hanya mampu terbaring di atas tilam lama dan nipis. Di rumah yang hampir roboh. Melalui kempen ini, kita ingin hadir sebagai cahaya kecil di tengah kesulitan mereka. Kami akan menyerahkan:


1. Tilam baharu yang lebih selesa untuk mereka baringkan badan yang lemah

2. Pek makanan harian untuk mengisi perut mereka yang jarang kenyang

3. Sedikit bantuan kewangan untuk membaiki rumah yang uzur



Bantuan anda mungkin kecil di mata dunia, tapi sangat besar di hati mereka. Satu sedekah dari anda, adalah satu bentuk kasih yang mereka rasakan.



"Bukan dari golongan kami orang yang tidak menyayangi orang tua dan tidak menghormati yang muda."

(HR. Tirmidzi)


Mari kita rebut peluang ini untuk membahagiakan warga emas yang terlupa. Bantu kami ringankan beban mereka, sekalipun perlahan tetap bermakna. Satu tilam, satu senyuman. Satu pek makanan, satu harapan. Semoga Allah membalas setiap ringgit anda dengan ganjaran tanpa batas.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2025

ABDUL ALIIM BIN MANSOR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 02, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 30, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2025

Kempen Sumbangan Tamat