YAYASAN IKHLAS

Dimulakan pada Oct 11, 2023

BANTUAN SEGERA UNTUK KOS RAWATAN IMAN

RM400 / 4.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Adik Iman dilahirkan dengan ketumbuhan yang menutup bahagian hidung dan mulutnya (Benign Epignathus Teratoma). Satu daripada 200,000 bayi mungkin dilahirkan begini. Bantu rawatan Adik Iman segera!


Adik Iman dilahirkan dengan ketumbuhan yang menutup bahagian hidung dan mulutnya (Benign Epignathus Teratoma). Melihat keadaannya sahaja sudah menyakitkan, tidak dapat dibayangkan penderitaan yang ditanggung oleh Adik Iman dan keluarganya.



Siapa sangka, bayi yang dilahirkan rupa-rupanya adalah ujian berat buat kedua ibu bapanya. 7 bulan 15 hari ditahan di wad adalah episod ngeri yang terpaksa dilalui dengan kesabaran. Sejak dilahirkan, Iman telah menjalani 4 pembedahan:


1. Pembedahan tebuk lubang di leher

2. Pembedahan buang ketumbuhan

3. Pembedahan bina struktur lidah, mulut, hidung

4. Pembedahan bentuk tulang rahang untuk pembentukan gigi



Namun sayangnya, 4 pembedahan ini masih belum mencukupi untuk menyembuhkan Iman. Dia masih memerlukan pembedahan demi pembedahan.. Rutin penjagaan Iman juga menjadi semakin sulit. Ibu dan ayahnya perlu sentiasa peka dengan suction (alat sedut) yang dipasang untuk memastikan hingus tidak menutupi mana-mana saluran pernafasan dan pemakanan yang boleh menyebabkan lemas dan boleh menyebabkan kematian. Tambahan pula, imuniti badannya yang rendah boleh menyebabkan jangkitan kuman paru-paru yang akan membuatkan kesihatannya merosot.



Keadaan adik Iman yang tidak boleh makan sendiri (menelan), tidak boleh menguruskan diri dan memerlukan rawatan restructure muka, fisio terapi otak, muka dan pertumbuhan ini membuatkan kos merawat dan menjaganya sangat tinggi. Dia juga perlu minum susu khas yang mahal untuk nutrisi badannya. Antara perincian kos meliputi:


1. Pampers RM200 x 12 Bulan = RM2,400

2. Susu RM1,000 × 12 Bulan = RM10,000

3. Kos ambulance medical check up ke hospital RM200 x 24 bulan = RM4,800

4. Bantuan alatan perubatan RM2,000 × 12 Bulan = RM24,000


Jumlah keseluruhan yang diperlukan adalah RM41,200



Walaupun sejak Iman dilahirkan kehidupan adik Iman dan keluarganya dilambung ombak tanpa daratan, dugaan demi dugaan datang, namun masih tak melemahkan semangat keluarganya untuk berjuang demi Iman. Namun, mereka tak mampu berjuang sendiri dan mereka perlukan anda untuk terus berjuang menyembuhkan Iman.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat