INFAQ SUMBANGAN TONGKAT UNTUK BERJALAN

RM270 / 9.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH RINGANKAN BEBANAN KESAKITAN MEREKA DENGAN MENGINFAKKAN ALAT BANTUAN BERJALAN BUAT PESAKIT YANG MEMERLUKAN. JOM BANTU MEREKA MENGURUSKAN AKTIVITI HARIAN MEREKA.


Di luar sana masih terdapat begitu banyak masyarakat yang menghidap atau sedang menempuhi dugaan di mana mereka ini sukar berjalan kerana keadaan sakit yang dialami. Tongkat merupakan sebuah keperluan yang mendesak buat mereka menjalani kehidupan mereka seharian. 



Dengan ini, pihak persatuan dengan penuh rendah diri ingin mengajak semua lapisan masyaraat untuk bersama dengan pihak kami dalam sedikit usaha kecil dengan menyumbang peralatan ini kepada golongan pesakit yang memerlukan dan tidak berkemampuan untuk membelinya.



Walaupun nilai alatan ini tidak terlalu tinggi, namun begitu, bagi mereka yang tidak berkemampuan, ianya adalah sebuah pilihan yang sukar buat mereka di mana mereka perlu memilih antara membeli alatan ini ataupun mendahulukan keperluan seharian buat diri. Terutamanya keluarga dan anak-anak. Semoga sumbangan yang diberikan membantu mereka yang memerlukan dalam menjalani kehidupan seharian sehingga sembuh kelak. Insya-Allah.




“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2025

Kempen Sumbangan Tamat