TABUNG PERMAI CARE PRIHATIN

RM3,115 / 10.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

126 Penyumbang

88 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

SUMBANGAN KEBAJIKAN SETIAP BULAN DIPERLUKAN SEGERA. BANTUAN PEK MAKANAN, TABUNG BENCANA DAN SARA HIDUP. AYUH BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN DENGAN PERMAI CARE.


"Terima kasih Permai Care bantu kami dapatkan kerusi roda untuk mak saya", demikian kata-kata yang keluar dari mulut Amran anak kepada Cik Enah.



Amran telah menghubungi Permai Care 3 hari sebelum ini, katanya mak memerlukan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakkannya ke Hospital Kluang. Semasa hari kejadian, Amran telah menunggu di depan pintu rumahnya dan menerima kunjungan Team Permai Care, semantara maknya menunggu di dalam rumah sahaja. Menangis meruntun hati Cik Enah takkala melihat kehadiran kami ke rumahnya dengan kerusi roda.



Tuan dan puan, sepanjang kami menjalankan projek bantuan ini, rupanya ramai disekeliling kita yang tidak mempunyai barang dapur yang mencukupi. Ada juga yang dapur mereka sudah berhari-hari tidak berasap. Tidak dapat dibayangkan bagaimana nasib anak-anak kecil mereka. Mereka hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekiranya tiada pendapatan pada hari tersebut, maka berpuasalah mereka sekeluarga.



Cuba bayangkan sekiranya mereka ini adalah ibu, ayah dan keluarga kita sendiri. Sanggupkah kita biarkan mereka kelaparan, tiada tempat bergantung, dan bersendirian?. Sudah pasti tidak! Sedangkan mereka semua ini adalah saudara kita juga. Alangkah baik jika kita keluarkan sedikit wang ringgit untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Tidak banyak tuan/puan, sedikit sudah memadai.


Oleh itu, Permai Care menggerakkan Tabung Permai Care Prihatin untuk membantu golongan-golongan asnaf, OKU dan mereka yang bependapatan rendah (B40). Dengan tabung ini, kami akan membeli barangan dapur dan keperluan asas. InsyaAllah akan memberi manfaat kepada golongan sasar tidak kira bangsa, agama dan latar belakang. 

Jom bersama kami bantu orang lain yang memerlukan  Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

1. Anuar Kamil : 010-342 1885

2. Ustaz Munir : 010-342 1917



Daripada Abdullah ibnu Amru RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW:

“Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Baginda bersabda:“Memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal serta orang yang engkau tidak kenali.” (HR Bukhari dan Muslim)


#PermaiCare

#KebajikanTanpaSempadan

#peduliprihatinbertindak

#Kebajikanmerentassempadan

#tabungpermaicareprihatin

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2022

TSWM

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Sep 02, 2022