BERSAMA MEMBANGUN KOMUNITI ANAK ASNAF

RM1,260 / 25.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk membangunkan komuniti anak asnaf di Semenanjung dan Sabah yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan pendidikan.


BERSAMA KAMI DALAM MEMBANTU ANAK ASNAF DARI SEGI PENDIDIKAN DAN MENJAGA KEBAJIKAN MEREKA DI SEMENANJUNG & SABAH. 



Gambar 1.1 : Perumahan anak asnaf di Sabah di bawah inisiatif Raudhatul Huffaz.


Ketahui bahawa bukan sahaja Pendidikan yang menjadi penghalang kepada anak asnaf untuk belajar, tetapi juga faktor ketidakmampuan keluarga mereka dalam menyediakan keperluan anak-anak untuk belajar dengan lebih selesa.


Marilah kita membantu anak-anak asnaf ini dengan menaja mereka dalam memberi Pendidikan yang sempurna dan meringankan beban keluarga anak asnaf di Semenanjung dan Sabah.

Hasil daripada sumbangan melalui kempen ini, akan kami berikan mengikut kepada keperluan yang berbeza di antara satu sama lain seramai 200 orang pelajar. Antaranya ialah:


- Pembayaran yuran 

- Pembayaran yuran kelas tambahn 

- Pembayaran buku-buku latihan & rujukan 



Gambar 1.2 : Aktiviti anak-anak asnaf tajaan dalam sesi pembelajaran.


Selain itu juga, kami membuka peluang kepada anak-anak asnaf lain di luar sana untuk bergabung dengan anak-anak asnaf tajaan kami dalam mengembangkan lagi pendidikan serta meringankan beban keluarga mereka sendiri. Kami sedia maklum bahawa kos untuk pendidikan dan kebajikan anak asnaf adalah sangat tinggi, tambahan pula untuk masa sekarang. 


Terdapat 3 inisiatif PACU iaitu Raudhatul Huffaz (RH), Projek Tuisyen Ummah (PROTU) dan Anjung Insyirah (AI) yang menjadi tempat rujukan pendidikan anak asnaf di Semenanjung dan Sabah. Jumlah anak asnaf tajaan yang bernaung di bawah 3 Inisiatif PACU adalah sebanyak 500 orang dan akan bertambah lagi dari masa ke semasa.



Gambar 1.3 : Anak tajaan dari 3 inisiatif PACU di Semenanjung dan Sabah.


SERAMAI 500 ANAK ASNAF YANG BERNAUNG DI BAWAH 3 INISIATIF KAMI MEMERLUKAN TAJAAN PENDIDIKAN!!!


Jom bersama-sama dengan kami dalam membantu anak-anak asnaf di sekitar Semenanjung dan Sabah dalam menaja pendidikan mereka supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran akademik mahupun agama. 


Sebarang kemusykilan/pertanyaan mengenai kempen pendidikan dan kebajikan anak asnaf boleh terus whatsapp/hubungi Pegawai Perhubungan Awam & Dana PACU, Cik Mira (011-40047543) / Cik Syida (014-5521807).


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2022

SAIFUL BIN ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 22, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat