MADRASAH TAHFIZUL QURAN MIFTAHUL ULUM

Dimulakan pada Jul 20, 2023

PEMBINAAN MADRASAH UNTUK PELAJAR PEREMPUAN HAFAZAN AL QURAN

RM430 / 0.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

24 Penyumbang

75 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Pembinaan madrasah untuk pelajar perempuan hafazan Al-Quran di Tahfizul Quran Miftahul Ulum, Kedai Buluh, Kuala Terengganu.


Kami ingin mengajak para dermawan semua untuk sama-sama membantu anak-anak dan pihak Madrasah Tahfizul Quran Miftahul Ulum Kedai Buluh, Terengganu mengumpul dana untuk membina asrama bagi pelajar wanita bersebelahan madrasah asrama lelaki bagi membina bangunan yang lebih selesa untuk para pelajar tahfiz wanita.


Membantu membina madrasah bagi pelajar yang menghafaz Al-Quran adalah antara pahala yang terus mengalir walaupun orang yang bersedekah telah meninggal dunia. Lebih-lebih lagi program ini ditujukan kepada Institusi Pendidikan Al-Quran yang di dalamnya terdapat ramai pelajar yang menghafal Al-Quran.



Pembinaan madrasah bagi pelajar lelaki telah pun siap dan pembelajaran sudah bermula



Mohon jasa baik anda untuk hebahkan kepada seramai mungkin mengenai kempen ini. Semoga dengan sedikit bantuan yang kita hulurkan mampu memberi senyuman dan manfaat buat mereka. Semoga Allah membukakan pintu hidayah buat kita semua dan memakbulkan niat baik kita semua. 



Mari kita agihkan bantuan pengambilan tanah dan pembinaan madrasah untuk pelajar yang menghafaz Al-Quran sekarang untuk mendapat keberkatan pahala yang berganda.


Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah ﷺ bersabda (yang bermaksud), "Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah Jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh." (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 16, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2024