Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Aug 25, 2023
RM837 / 1.05 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Tragedi nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos 2023, telah menjadi titik hitam dalam industri penerbangan yang menggemparkan seluruh negara. Dari sepuluh orang mangsa yang terkorban, dua daripadanya adalah pejuang di jalanan yang mencari rezeki sebagai pemandu E hailing dan penunggang P hailing.
Tiada siapa dapat menduga takdir yang tertulis, Allahyarham Sharipudin Bin Shaari, 53, telah meninggalkan isteri, iaitu Puan Suriana, 43 dan dua orang anak yang masih bersekolah iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16 dan Nur Izzara Arissya, 9 tahun buat selama-lamanya.
Beliau adalah pejuang di jalanan bekerja sebagai pemandu e-hailing dan pencari nafkah tunggal untuk keluarga. Beliau yang secara kebetulan melalui tapak nahas, maut apabila kereta yang dipandunya dihentam oleh pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas.
Kini, Puan Suriana kehilangan tempat bergantung harapan. Tiada lagi gurauan manja sang suami. Gundah gulana sentiasa menjengah memandangkan beliau adalah suri rumah sepenuh masa sementara kediaman yang diduduki ketika ini adalah kediaman sewa. Meniti hari-hari mendatang yang sangat sukar, menuntut beliau segera memikirkan masa depan bersama anak-anak yang masih bersekolah.
Begitu juga takdir yang menimpa kepada Allahyarham Muhamad Hafiz Bin Muhamad Salleh, 32, juga seorang pejuang jalanan yang bekerja sebagai penunggang P hailing. Beliau merupakan anak sulung dari lima adik beradik, yang menggalas tanggungjawab besar dalam keluarga. Beliau tidak pernah culas mengirimkan duit belanja setiap bulan kepada ibubapanya. Sudah semestinya kehilangan beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam.
Allahyarham dikhabarkan bekerja keras mencari nafkah demi perbelanjaan dan persiapan perkahwinan adik perempuannya. Namun tiada siapa dapat menduga, beliau juga maut akibat hentaman pesawat, ketika beliau secara kebetulan melalui tapak nahas untuk menyelesaikan tempahan makanan.
Pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Persatuan Kebajikan E-Hailing (PKEH) serta Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) mendekati keluarga mangsa yang terlibat. Kami turut berkongsi kesedihan selain menghulurkan bantuan dan kata-kata semangat buat waris dan keluarga mangsa.
Dua kisah berbeza di atas menuntut keprihatinan dan rasa empati rakyat Malaysia untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga dan waris mangsa. Sedikit sebanyak, sumbangan ini dapat mengukir senyuman dalam duka, meredakan hati yang gundah gulana dan memulihkan semula semangat dan jiwa kepada mereka. Hayatilah maksud hadis ini yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(Riwayat Muslim 1631, al-Nasa’i 3651, al-Tirmizi 1376 dan Abu Daud 2880)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 09, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Sep 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 06, 2023