ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 24, 2025

RAYUAN PRIHATIN PULIHKAN TRAUMA MANGSA BANJIR SUMATERA DAN ACEH

RM10 / 0.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

1 Penyumbang

61 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Banjir di Sumatera meninggalkan trauma mendalam kepada kanak-kanak dan keluarga. Kempen ini menyediakan pemulihan trauma dan sokongan emosi agar mangsa kembali tenang, rasa selamat, dan mampu bangkit.


“Sesungguhnya bersama setiap kesulitan itu ada kemudahan.”


Banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Sumatera telah meragut banyak nyawa, merosakkan rumah dan sumber pendapatan, serta menyebabkan ribuan keluarga hilang rasa aman dan stabil dalam kehidupan harian mereka. Walaupun air telah surut, kesan trauma dan tekanan emosi masih berleluasa dalam kalangan mangsa terutama kepada kanak-kanak, wanita dan warga emas yang kini tinggal di pusat pemindahan sementara.



Mangsa banjir kini bukan sahaja menghadapi kekurangan secara fizikal, tetapi juga luka emosi, keresahan, gangguan tidur, dan ketakutan berterusan yang boleh memberi impak jangka panjang terhadap kesejahteraan mereka.



Kempen ini bertujuan untuk menyediakan pemulihan trauma dan sokongan psikososial, termasuk:


1. Pendampingan emosi di pusat pemindahan

2. Sesi terapi bermain & ekspresi untuk kanak-kanak

3. Ruang selamat & aktiviti pemulihan emosi



Dengan sokongan anda, mangsa banjir dapat kembali merasakan rasa selamat, ketenangan, dan harapan, serta memperoleh kekuatan untuk meneruskan kehidupan pascabencana. Trauma yang dirawat lebih awal membantu mencegah kesan jangka panjang dan mempercepat proses pemulihan komuniti.



“Mereka kehilangan tempat berlindung, tetapi masih berhak merasakan aman dan tenang.”


Bantu sebarkan rayuan ini sekarang. Sokongan anda amat bermakna buat mereka yang sedang diuji.


Bersama, kita pulihkan jiwa yang terluka dan nyalakan kembali harapan mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 24, 2025