PERSATUAN KEBAJIKAN KEMBARA INSANI

Dimulakan pada Dec 13, 2022

JEJAK KEBAJIKAN TUISYEN AMAL

RM515 / 3.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kembara Insani menganjurkan program kelas tuisyen percuma untuk pelajar miskin bandar, asnaf dan yatim dengan harapan setiap anak-anak berpeluang untuk belajar tanpa mengira latar belakang mereka.


Kembara Insani memulakan program tuisyen amal pada tahun 2019 bertujuan untuk membantu pelajar dalam kategori miskin bandar, asnaf, yatim dan keciciran dengan memberi mereka tuisyen percuma. Program perintis ini dimulakan dengan menyantuni sekumpulan anak-anak di PPR Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur dan anak-anak yatim di sebuah rumah anak yatim di Kota Bharu Kelantan dan beberapa orang pelajar persendirian yang menduduki SPM di Kedah. 


Bermula Mac 2022, telah juga diadakan kelas membaca untuk pelajar B40 dan miskin bandar yang keciciran dalam kemahiran membaca. Ini kerana ramai yang tidak dapat mengikuti kelas PDPR yang dijalankan selama hampir 2 tahun semasa pendemik Covid-19 melanda dunia kerana kekangan peranti, data internet dan juga kurang berkesannya pembelajaran secara atas talian terutama kepada pelajar sekolah rendah. 


Mulai Disember 2022 ini, program akan dimulakan semula secara bersemuka. Sehubungan itu, kami ingin membuka tabung Jejak Kebajikan Tuisyen Amal bagi tujuan penajaan kelas tuisyen amal ini. Sumbangan yang dikumpul adalah bagi tujuan menampung kos pembelian buku, alat tulis, makanan/minuman ringan dan pembayaran token untuk  tenaga pengajar (guru tuisyen).




Semoga sumbangan yang disalurkan ini akan memberi motivasi kepada anak-anak ini untuk tidak patah semangat dalam menimba ilmu. Sumbangan yang kecil daripada para penyumbang budiman membawa makna yang besar buat mereka yang memerlukan ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 23, 2022

NOR HIDAYAH BINTI ZULKIFLI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 22, 2022

Kempen Sumbangan Tamat