Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada May 20, 2025
RM510 / 17.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
17 Penyumbang
13 Baki Hari
Kos inflasi di negara kita semakin melonjak. Dasawarsa ini harga barang keperluan asas semakin meningkat seolah-olah tidak terkawal. Hal ini telah mewujudkan perasaan resah dalam kalangan rakyat kerana kuasa beli rakyat semakin berkurangan. Rakyat terutamanya golongan asnaf terpaksa memikirkan belanjawan rumah tangga dengan memotong perbelanjaan yang kurang perlu.

Kehilangan peratus pendapatan boleh guna akibat kenaikan harga asas mengakibatkan kehidupan terjejas. Antara yang terjejas adalah perbelanjaan untuk pendidikan. Pemotongan perbelanjaan pendidikan termasuklah mengurangkan belanja untuk tuisyen bagi membantu anak-anak ini lebih memahami ilmu.


Justeru itu, pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu golongan-golongan terjejas ini, seterusnya meringankan beban mereka dengan mencari dana untuk membolehkan anak-anak mereka dihantar untuk belajar tuisyen sama ada online mahupun fizikal.


Sasaran kami untuk membantu setiap bulan dengan kos RM30 seorang. Dengan bantuan ini, Insya-Allah kita akan dapat menjadikan anak-anak kita manusia yang berilmu dan membangunkan generasi kebanggaan kita.
"Boleh jadi engkau diberikan rezeki (oleh Allah) dengan sebab saudaramu itu." (Riwayat At Tirmidzi)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami


Alhamdulillah telah selesai proses sumbangan tuisyen ummah kepada pelajar yang memerlukan bantuan tambahan.


Alhamdulillah telah selesai proses sumbangan tuisyen ummah kepada pelajar yang memerlukan bantuan tambahan.


Alhamdulillah telah selesai proses sumbangan tuisyen ummah kepada pelajar yang memerlukan bantuan tambahan.


Alhamdulillah telah selesai proses sumbangan tuisyen ummah kepada pelajar yang memerlukan bantuan tambahan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 08, 2025
SITI NOR FADILAH BINTI ALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2025
LAT
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2025