MAAHAD TAHFIZ AL QURAN DARUL FALAH

Dimulakan pada Mar 01, 2024

BANTUAN SELESAIKAN TUNGGAKAN PEMBINAAN SURAU TAHFIZ PEREMPUAN

RM6,876 / 13.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

205 Penyumbang

301 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Demi kelangsungan pembelajaran, dan keselesaan hampir 80 anak tahfiz perempuan asnaf. Alhamdulillah surau yang dibina di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Falah akhirnya telah sempurna disiapkan.


Namun, ketika keadaan yang agak terdesak ketika itu untuk menyiapkan surau tersebut, pihak tahfiz mempunyai tunggakan hutang dengan kontraktor yang membina surau tahfiz ini yang berjumlah lebih kurang RM50,000 sahaja lagi yang perlu diselesaikan selewat-lewatnya sebelum pertengahan tahun 2024 ini.


Keadaan sebenar di surau lama tahfiz, yang menyebabkan pelajar solat dalam keadaan sempit dan panas

Tunggakan ini terjadi kerana ketika pembinaan sedang dijalankan, pihak tahfiz mengalami beberapa kali penangguhan pembinaan oleh kerana dana yang ada ketika itu tidak mencukupi dan menyebabkan anak-anak tahfiz di sini terpaksa terus beribadah dan belajar di surau yang sempit dan tidak selesa.

Masih Adakah Insan Yang Sudi Bantu Perjuangan Tahfiz Asnaf Ini?

Oleh kerana pihak tahfiz sendiri tidak sanggup untuk membiarkan pelajar-pelajar ini terus kesempitan dan tidak selesa, jadi dengan atas kerjasama dan ihsan dari pihak kontraktor tersebut, pihak tahfiz terpaksa berhutang sehinggalah pembinaan selesai pada Desember 2023.

Pelajar kesempitan kerana surau yang mereka gunakan itu adalah kelas mereka sebelum ini atau lebih dikenali dengan istilah “itulah kelas, itulah surau”. 

Kini, sudah lebih 2 bulan, pihak tahfiz berusaha untuk mengumpulkan dana bagi menyelesaikan masalah tunggakan ini, namun masih tidak berjaya sehingga kini meskipun telah diusahakan dengan bermacam cara.

Surau yang telah siap dibina

Bahagian dalam surau yang telah siap dibina

Jadi, di kesempatan yang ada ini, kami ingin mengajak orang ramai untuk sama-sama bantu pihak tahfiz menyelesaikan masalah ini oleh kerana semakin hari keadaan semakin mendesak, tambah pula dengan keadaan operasi disini hanya sekadar yang ada ditambah pula dengan masalah tunggakan ini menyebabkan pihak tahfiz terasa buntu untuk memikirkan penyelesaian masalah tunggakan ini.

Bahagian dalam surau yang telah siap dibina


Sekaligus, menambahkan lagi saham akhirat buat anda yang sudi bantu perjuangan pihak tahfiz yang ingin membantu anak-anak asnaf yang ingin meneruskan pembelajaran di sini sehingga berjaya.

Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, Al-Dayyan (Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, kamu akan dibalas seperti mana yang kamu telah lakukan.”
(Riwayat Abdul Razaq dalam Musannafnya)

Tandas dan tempat ambil wuduk

Semoga dengan asbab bantuan anda yang bantu anak-anak asnaf ini dalam kesusahan, anda akan dikurniakan limpahan rezeki oleh Allah SWT sepertimana dalam hadis :

"Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga”
(HR. Ibnu Majah, no.738)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2024

SHAH AL-HAJ

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 22, 2024

HJH ABIDAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 21, 2024