Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
National Kidney Foundation of Malaysia
Dimulakan pada Jul 12, 2022
RM3,025 / 9.45 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM32,000
161 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Setiap tahun, seramai 7,000 pesakit baru disahkan menghidap kegagalan buah pinggang di Malaysia. Bilangan pesakit yang mengalami masalah ini telah meningkat dan mereka perlu mendapatkan rawatan yang berpatutan.
NKF telah beroperasi selama lebih lima puluh tiga (53) tahun dan mempunyai 29 pusat dialisis termasuk klinik swasta yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menggunakan perkhidmatan NKF. Kesemua pusat dialisis dibawah kelolaan NKF telah memenuhi syarat dan kriteria dari CKAPS dan mendapat lesen beroperasi dari KKM bagi menjalankan operasi pusat dialisis ini.
NKF terus berusaha untuk menyediakan perkhidmatan ini bagi pesakit yang kurang berkemampuan dan kami amat memerlukan dana yang besar bagi membantu mereka untuk mendapat rawatan dialisis agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka.
Pihak kami memerlukan sumbangan orang ramai untuk mencari dana untuk pembelian ULTRASOUND MACHINE UNTUK PUSAT DIALISIS NKF APEX KLANG. Tanpa buah pinggang atau rawatan dialisis, sisa toksik dan cecair berlebihan akan terkumpul didalam badan pesakit. Ini amat membahayakan pesakit tersebut dan boleh membawa maut.
Pesakit perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu dan selama 4 jam bagi setiap sesi rawatan. Oleh kerana terlalu lama masa dihabiskan oleh setiap pesakit untuk menjalani rawatan dialisis ini, 87% pesakit kami adalah penganggur. Oleh itu, adalah satu cabaran bagi kami untuk menyediakan dana yang mencukupi untuk memberikan subsidi kos dialisis kepada pesakit kami yang tidak berkemampuan.
Jom BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 18, 2022
WONG KINGCHIN
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 15, 2022