BANTU MUALAF ASNAF MENGERJAKAN UMRAH DI KOTA MEKAH BUMI YANG DIBERKATI ALLAH

Dimulakan pada:
12 Jun, 2023
BANTU MUALAF ASNAF MENGERJAKAN UMRAH DI KOTA MEKAH BUMI YANG DIBERKATI ALLAH
0.57%
RM285
/RM50,000
18
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Umrah ini akan menggalakkan muallaf melihat keindahan Islam dan sayang kepada agama itu lebih utama dari mengharapkan manusia yang sentiasa berbolak balik hati mereka apabila diuji dengan dunia.

Umrah pada bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah syarak yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di Baitullah dan sa'i diantara Safa dan Marwah dengan ihram (Rujuk Al-Mausu’ah al Fiqhiyyah, 30/314). Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan Umrah adalah wajib atau fardhu bagi orang yang belum melaksanakan sementara dia mampu melakukannya. Firman Allah SWT

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” (Al Baqarah: 196)

Ia merupakan program ibadah sebagai persiapan kepada para bakal-bakal duyufurrahman bagi perlaksanaan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji ke Baitullah. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada saudara baru kita kesempatan beribadah di dua daripada tiga masjid yang paling mulia disisi Islam iaitu Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Kami bercadang untuk menghantar 5 orang lagi tahun ini, mereka semua perlu dimotivasikan supaya istigomah dengan Islam. Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan terus menyokong. Apa kita dapat dengan menaja mereka. 

Daripada Abu Mas'ud RA berkata,

"Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya." (HR. Muslim)

Mudah-mudahan kita semua juga mendapat ganjaran pahala hasil dari ibadah umrah yang dilaksanakan muallaf ini.

Tujuan menaja umrah ini bukan bermewahan atau memanjakan muallaf, tetapi kita tidak tahu 70% mereka yang memeluk Islam adalah kerana hendak kahwin pasangan asal Islam. Apabila rumahtangga runtuh, ramai juga hendak murtad kerana kecewa. Adakah satu perkara yang lebih utama dari menyelamatkan aqidah seseorang di dunia ini?

Jika anda rasa apa yang kami buat ini betul, maka berilah sokongan kepada kami. Kami akan mencari lagi dan mengumpul dana untuk menghantar ramai lagi muallaf dan asnaf, khususnya mereka yang telah dipujuk supaya tetap dengan Islam dan mereka yang istiqomah bersama Islam.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 11, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 20, 2024
FATIMAH @ AZIZAH BINTI ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 10, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SEDEKAH IFTAR UNTUK ASNAF BERBUKA PUASA SELAMA RAMADAN
SUMBANGAN UNTUK RUMAH GURU MENGAJI YANG TERBAKAR
TABUNG KEBAJIKAN KOMUNITI PETALING JAYA
AYUH SOKONG PALESTIN DENGAN SEDEKAH TERBAIKMU
BEKALKAN SEMBAKO BUAT LANSIA DHUAFA RAIH KEBERKATAN
Kempen Sumbangan Tamat