Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM260 / 0.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
17 Penyumbang
32 Baki Hari
Umrah pada bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah syarak yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di Baitullah dan sa'i diantara Safa dan Marwah dengan ihram (Rujuk Al-Mausu’ah al Fiqhiyyah, 30/314). Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan Umrah adalah wajib atau fardhu bagi orang yang belum melaksanakan sementara dia mampu melakukannya. Firman Allah SWT
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” (Al Baqarah: 196)
Ia merupakan program ibadah sebagai persiapan kepada para bakal-bakal duyufurrahman bagi perlaksanaan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji ke Baitullah. Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada saudara baru kita kesempatan beribadah di dua daripada tiga masjid yang paling mulia disisi Islam iaitu Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Kami bercadang untuk menghantar 5 orang lagi tahun ini, mereka semua perlu dimotivasikan supaya istigomah dengan Islam. Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan terus menyokong. Apa kita dapat dengan menaja mereka.
Daripada Abu Mas'ud RA berkata,
"Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya." (HR. Muslim)
Mudah-mudahan kita semua juga mendapat ganjaran pahala hasil dari ibadah umrah yang dilaksanakan muallaf ini.
Tujuan menaja umrah ini bukan bermewahan atau memanjakan muallaf, tetapi kita tidak tahu 70% mereka yang memeluk Islam adalah kerana hendak kahwin pasangan asal Islam. Apabila rumahtangga runtuh, ramai juga hendak murtad kerana kecewa. Adakah satu perkara yang lebih utama dari menyelamatkan aqidah seseorang di dunia ini?
Jika anda rasa apa yang kami buat ini betul, maka berilah sokongan kepada kami. Kami akan mencari lagi dan mengumpul dana untuk menghantar ramai lagi muallaf dan asnaf, khususnya mereka yang telah dipujuk supaya tetap dengan Islam dan mereka yang istiqomah bersama Islam.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jun 28, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 16, 2023