RAYUAN INFAQ DUIT POKET UNTUK MUALLAF UMRAH

Dimulakan pada:
03 Nov, 2021
RAYUAN INFAQ DUIT POKET UNTUK MUALLAF UMRAH
22.38%
RM895
/RM4,000
36
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Disebabkan pandemik, harga pakej telah naik menyebabkan hasrat kami menghantar 2 orang Muallaf terganggu kerana kekurangan bajet. Infaq ikhlas anda dapat membantu kami meneruskan hasrat ini.

RAYUAN INFAQ DUIT POKET UNTUK MUALLAF UMRAH

Alhamdulillah, semua ini dengan izin Allah.

Setelah lama merancang dan mengumpul dana, sedikit demi sedikit PERKIM BTP kumpul dana, maka hasrat kami untuk menghantar walau 2 orang Muallaf untuk menunaikan Umrah di Tanah Suci hampir tercapai.

Ya benar, hampir tercapai. Maksudnya belum tercapai sepenuhnya!

Disebabkan pandemik, harga pakej umrah telah naik. Ini bukanlah rahsia lagi.

Oleh itu kami kekurangan lebih RM2,000 setiap seorang, dan ini termasuk hasrat kami untuk memberi duit poket sebanyak RM1,000 seorang.

Siapa yang terpilih?

Yang terpilih ialah Muallaf yang istiqomah dengan Islam dan menghadiri Kelas Fardu Ain Muallaf (KFAM).

Mereka mula menyertai KFAM pada tahun 2014. Kini mereka boleh mengaji Quran dengan baik dan melaksanakan semua tuntutan ibadah yang wajib ke atasnya. Kami ingin menghantar mereka menunaikan Umrah sebagai galakkan dan motivasi untuk mereka dan juga Muallaf-Muallaf yang lain.

Daripada Abu Mas’ud r.a. berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” [Sahih Muslim]

Walau RM10 kita menyumbang, semoga ganjaran pahala diperolehi oleh Muallaf-Muallaf ini ketika menunaikan Umrah akan juga mengalir sedikit saham akhirat untuk kita.

Infaqlah hari ini seikhlas hati.

Nota: Gambar-gambar ini adalah asli, melibatkan ramai Muallaf menunaikan Umrah pada tahun 2018.

Nota: Syarikat mutawwif yang akan membawa Muallaf-Muallaf ini menunaikan Umrah ialah Al-Nikmah Travel & Tours Sdn Bhd dari Sg Buloh, Selangor. Pengasas syarikat ini juga seorang penyumbang besar untuk aktiviti PERKIM BTP dan Muallaf. Hampir semua perabot serta aircond dalam kelas KFAM adalah sumbangan beliau. Menurut syarikat ini, mereka merancang membawa jemaah Umrah Januari 2022 depan kerana harga pakej dijangka lebih rendah apabila lebih banyak SOP dilonggarkan kelak, namun dijangka tetap lebih tinggi dari harga sebelum pandemik. Wallahu'alam.

Laporan Kempen

06 Mar 2022

Alhamdulillah, hari yang bersejarah untuk kita semua. Setelah sekian lama hasrat PERKIM BTP untuk menaja seorang Muallaf B40 miskin, yang istiqomah dengan Islam, seorang ibu tunggal hingga sanggup mengharungi cabaran tentangan dari berbagai pihak dan terpaksa berpisah dengan suami demi akidah. Akhirnya hari ini, 6/3/2022 beliau telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Dari hasil sumbangan anda semua dan tajaan pelbagai pihak, kami hanya mampu menghantar seorang untuk masa ini, dan yang terpilih adalah seorang yang menjaga aurat dan menjaga solat, bukan tangkap muat sahaja.

Kami bercadang untuk menghantar 4 orang lagi tahun ini, mereka semua perlu dimotivasikan supaya istiqomah dengan Islam. Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan terus menyokong. Apa kita dapat dengan menaja mereka?

Daripada Abu Mas’ud Radhiyallahu anhu berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa menunjukkan suatu kebaikan, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukannya.” [HR. Muslim]

Mudah-mudahan kita semua juga mendapat ganjaran pahala hasil dari ibadah Umrah yang dilaksanakan Muallaf ini. Insya Allah.

Terima kasih semua penyumbang!

07 Feb 2022

Alhamdulillah,hari ini kami akan membayar syarikat umrah untuk menaja seorang muallaf untuk menyertai ibadah umrah bermula 6/3/2022, insya Allah doakan.

Terima kasih anda semua yang telah menyumbang. Tujuan menaja umrah ini bukan bermewahan atau memanjakan muallaf, tetapi kita tidak tahu 70% mereka yang memeluk Islam adalah kerana hendak kahwin pasanganan asal Islam. Apabila rumahtangga runtuh, ramai juga hendak murtad kerana kecewa. Di sini, PERKIM bukan sahaja ajak orang masuk Islam,PERKIM juga tarbiyah, PERKIM juga pujuk mereka jangan tinggalkan Islam.

Tajaan umrah ini akan menggalakan individu tersebut melihat keindahan Islam dan sayang kepada agama itu lebih utama dari mengharapkan manusia yang sentiasa berbolak balik hati mereka apabila diuji dengan dunia.

Adakah satu perkara yang lebih utama dari menyelamatkan aqidah seseorang di dunia ini?

Kami akan mencari lagi dan mengumpul dana untuk menghantar ramai lagi muallaf dan asnaf, khususnya mereka yang telah dipujuk supaya tetap dengan Islam dan mereka yang istiqomah bersama Islam.

Jika anda rasa apa yang kami buat ini betul, maka berilah sokongan kepada kami.

04 Jan 2022

Ahad, 2/1/2022 KURSUS BIL 1/2022

Walaupun kita dapat berita yang menyedihkan iaitu kerajaan Malaysia menangguhkan kebenaran jemaah Malaysia menunaikan umrah, pihak syarikat umrah tetap telah meneruskan kursus umrah yang pertama untuk tahun ini yang mana juga melibatkan seorang muallaf tajaan PERKIM BTP. Ini sebagai persediaan untuk peserta umrah.

Jadual asal penerbangan adalah dalam bulan Februari 2022, kita doakan kes covid terkawal semula dan hasrat mereka melaksanakan umrah tidak terbantut.

Ya, ini adalah julung kali PERKIM BTP menaja seorang muallaf menunaikan umrah dengan bajet yang ada, hanya seorang sahaja kami mampu taja. Terima kasih atas sumbangan anda semua.

26 Nov 2021

Alhamdulillah, 25/11/2021 satu lagi pengislaman di PERKIM BTP disyahadahkan sendiri oleh Pengerusi PERKIM BTP.

Rekod baru tahun ini dengan 13 pengislaman.

Terima kasih atas sokongan anda.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 22, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 12, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 12, 2021

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTUAN KECEMASAN PASCA TRAGEDI BANJIR BUAT WARGA ACEH 3.0, INDONESIA
RAYUAN SOKONGAN PERUBATAN DAN KESIHATAN PASCA BANJIR SUMATERA
RAYUAN KECEMASAN BANJIR SABAH
BANTU MANGSA BANJIR SUMATERA DAN ACEH SEGERA
RAYUAN BANTU MANGSA BANJIR ACEH
Kempen Sumbangan Tamat