UMMI NAURA CARE CENTRE

Dimulakan pada Mar 10, 2024

BANTUAN DANA PENGURUSAN PUSAT JAGAAN UMMI NAURA CARE CENTRE

RM195 / 0.39 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

5 Penyumbang

312 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Barang keperluan semakin mahal, kehidupan rakyat semakin terhimpit. Anda yang prihatin dan mempunyai rezeki lebih, ayuh sama-sama kita bantu meringankan beban pusat jagaan!


Assalamualikum wbt., cerita hari ini bukan cerita dongeng, tapi cerita nyata yang sedang berlaku di sekitar kita. Jom renungi kisah warga emas pada era kini yang memerlukan penjagaan kesihatan yang berkualiti demi kesejahteraan hidup yang kekal sihat. Anak-anak yang sibuk bekerja, perbelanjaan sara hidup keluarga yang sangat membebankan, serta ketiadaan masa untuk mengurus akan menyebabkan warga emas sering terabai.


Kami di pusat jagaan Ummi Naura Care Centre memerlukan dana bagi menampung jumlah pengurusan kos operasi, keperluan harian dan kemudahan keperluan lain-lain kepada penghuni pusat jagaan iaitu seramai 24 orang yang tidak mempunyai waris, oku dan lain-lain.



Pusat jagaan ini mula beroperasi sepenuhnya sejak 2019 di atas sebuah rumah di Bakri, Muar dan berpindah ke kediaman Semi-D di Jalan Salleh. Seramai 24 orang kini berada di bawah jagaan kami yang terdiri daripada warga emas yang menghadapi masalah tempat tinggal sama ada kerana ketiadaan waris, mempunyai penyakit kronik yang tidak mampu diuruskan oleh waris dan lain-lain faktor yang menjejaskan kehidupan mereka.



Pusat jagaan terpanggil untuk menerima tanggungjawab ini untuk menjaga kebajikan warga emas, menyediakan kemudahan dan penginapan, khidmat bimbingan berkaitan kesihatan dan gaya hidup, memberikan rawatan dan pemulihan bagi pesakit strok, saraf dan terlantar, menyediakan tempat transit bagi pesakit yang baru pulang dari hospital serta membantu penjaga untuk belajar cara pengurusan pesakit dengan betul terhadap penghuni jagaan ini.



Kami di pusat jagaan ini mempunyai tanggungan yang sangat tinggi untuk menampung perbelanjaan keperluan penghuni di sini serta mengekalkan pusat jagaan ini. Oleh hal yang demikian, kos yang perlu ditanggung oleh pihak kami adalah termasuk kos sewa dan utiliti, kos barangan makanan harian, kos pengangkutan serta pelbagai kos lain lagi yang kini sudah mencecah ribuan ringgit.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2024

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 11, 2024