TABUNG PENGURUSAN JENAZAH

RM325 / 0.65 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Skuad PEMAAF memohon sumbangan dana orang ramai bagi menguruskan jenazah-jenazah tidak kepada kematian melibatkan jenazah Covid sahaja termasuk menguruskan kematian biasa. Jom bantu kami!


Di sini kami ingin meluahkan dan menceritakan pengalaman Skuad PEMAAF dalam mengendalikan beberapa jenazah Covid-19 sebelum ini yang melanda negara dan sekarang pun masih ada lagi penyakit Covid-19 yang masih lagi pihak kami uruskan.



Kehilangan orang tersayang terutama ahli keluarga bukanlah satu perkara yang mudah untuk diterima oleh seseorang apatah lagi pemergiannya terpaksa direlakan biarpun dalam keadaan diri belum bersedia. Namun, kesedihan itu bukan sahaja membebani diri insan yang merasa kehilangan, malah mereka yang berdepan dan menyaksikan situasi berkenaan turut sama berkongsi emosi yang serupa.Sejak penularan virus COVID-19 di seluruh dunia bermula awal tahun lepas, hampir setiap hari berita kematian akibat jangkitan virus berkenaan dilaporkan di negara ini.




Petugas barisan hadapan yang sentiasa bersedia bertugas secara sukarela.


Biarpun pada awalnya memang rasa bimbang sebab kita tahu virus ini bahaya. Namun, bila memikirkan ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul, semua perasaan bimbang diketepikan dan terus tawakal agar semuanya dilindungi. Paling kekok masa mula-mula memakai PPE sebab tidak selesa dan susah mahu bernafas terutama bila cuaca panas, memang betul-betul mencabar fizikal dan mental. Tetapi kena patuhi SOP biar dalam keadaan apa sekalipun sama ada hujan atau panas, tanggungjawab menguruskan jenazah COVID-19 perlu dibuat sehingga selesai sepenuhnya, bermula Julai tahun ini, jumlah kes kematian COVID-19 semakin meningkat dan setiap hari Skuad PEMAAF perlu mengendalikan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jenazah atau lebih dari itu.



Pernah sebelum ini ada Skuad PEMAAF yang disahkan positif COVID-19 dan ramai dalam kalangan pasukan kami terpaksa menjalani kuarantin seminggu. Masa itulah boleh dikatakan pasukan Skuad PEMAAF lumpuh memandangkan ramai petugas tidak dapat turun menguruskan jenazah. Jenazah COVID-19 yang dikebumikan pada waktu malam.




Jika hujan dan tanah agak berlumpur, kadang-kadang kami boleh mengambil masa hampir satu jam untuk selesaikan urusan pengebumian jenazah. Dalam apa juga keadaan yang perlu dihadapi, para petugas pengurusan jenazah COVID-19 tidak pernah patah semangat untuk meneruskan tanggungjawab yang dipikul bagi memastikan semua kes yang dikendalikan tidak tertangguh dan diselesaikan sebaiknya.



Oleh itu pihak Skuad PEMAAF memohon sumbangan dana orang ramai bagi menguruskan jenazah-jenazah tidak kepada kematian melibatkan jenazah covid sahaja termasuk menguruskan kematian biasa. Kesedihan dan dugaan yang kita rasakan hari ini akan membuatkan kita lebih kuat untuk menghadapi hari esok. Jangan putus asa, tentu ada hikmah yang manis dibalik semua kejadian yang menimpa kita yang kita tidak mengetahuinya. Jalanilah hari-hari kita dengan senyuman. Meskipun pahit tetaplah tersenyum kerana ia pengubat hati yang sakit.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR & KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2023

HAMBA ALLAH YANG BERDOSA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2023

Kempen Sumbangan Tamat