Pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak termasuk anak yatim di Palestin. Mari kita gembirakan mereka dengan menyokong mereka untuk memiliki bekalan sekolah baharu!
Assalamualaikum Tuan/Puan, sudahkah anda menyediakan kelengkapan sekolah untuk anak-anak atau sanak saudara anda?
Tidak lama lagi tahun persekolahan baru akan bermula. Ramai kanak-kanak bersedia untuk menyambung pengajian lanjutan. Ini juga termasuk membeli peralatan sekolah adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan dalam menyambut hari persekolahan. Namun tidak bagi anak-anak yatim di Palestin, pakaian dan beg baru merupakan kemewahan yang sukar untuk mereka perolehi.
Salah seorang kanak-kanak bernama Shahd Omar berumur 11 tahun. Dia adalah salah seorang anak yatim kerana ayahnya telah meninggal dunia. Setiap malam dia menangis kerana rindukan ayahnya. Dia sering membayangkan jika ayahnya masih hidup pasti ayahnya akan membawanya dan membelikannya pakaian sekolah baru, beg, dan kasut merah jambu baru. Kini dia tinggal bersama ibunya. Shahd kadangkala tidak ke sekolah setiap hari kerana pakaiannya selalu koyak dan ibunya mengambil masa yang lama untuk membetulkannya.
Alhamdulillah masih dapat bersekolah di Dar Al-Arqam, anak yatim seperti Shahd pun ramai. Walau bagaimanapun, batasan ekonomi sering menjadi penghalang. Ironinya, kita tahu bahawa pendidikan adalah hak untuk semua kanak-kanak. Kita tahu bahawa pendidikan adalah sangat penting untuk persediaan masa depan. Jika kita perasan, ramai anak-anak yatim yang senasib seperti Shahd dalam kesusahan mendapatkan hak mereka.
Penjajahan dan diskriminasi memberi kesan kepada krisis kemanusiaan dan juga keadaan ekonomi keluarga miskin di Semenanjung Gaza yang sukar. Sesetengah keluarga yang mempunyai anak yatim memerlukan bantuan untuk menamatkan perjalanan pendidikan mereka setelah kehilangan bapa atau ibu. Shahd dan ibunya adalah salah satu gambaran penduduk yang termasuk dalam kadar kemiskinan di Palestin.
Asar Humanity ingin menjemput anda semua untuk membantu Shahd mendapatkan bekalan sekolah supaya dia boleh pergi ke sekolah seperti kanak-kanak normal yang lain. Semoga Allah limpahkan keberkahan dan perlindungan untuk Tuan/Puan serta keluarga.
"Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami satu hidangan dari langit untuk menjadi hari raya bagi kami iaitu bagi kami yang ada pada hari ini dan bagi orang yang datang kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadaMu serta kurniakanlah rezeki kepada kami kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."
(Surah al-Maidah: 114)
Jom #BuatBaik!