INFAQ KERUSI TANDAS DAN REHAT

RM300 / 10.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menyeru individu, keluarga, syarikat, dan komuniti untuk bersama-sama menjayakan kempen ini. Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana pun, akan membawa manfaat besar kepada warga emas.


NGO Komuniti Ihsan menyeru sahabat untuk menyertai kempen infak sumbangan kewangan bagi tujuan membeli kerusi tandas dan kerusi rehat yang sesuai untuk kegunaan warga emas yang memerlukan. Sumbangan ini bukan sekadar memberikan kemudahan fizikal, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup, kesihatan, dan maruah mereka.





Kerusi tandas dan kerusi rehat adalah peralatan asas yang sering diabaikan, namun amat penting untuk keselesaan dan keselamatan warga emas, terutamanya bagi mereka yang uzur, kurang upaya bergerak, atau terlantar. Penggunaan kerusi tandas akan dapat mengurangkan risiko jatuh dan cedera ketika menggunakan tandas, terutamanya bagi warga emas yang lemah lutut atau mempunyai masalah keseimbangan.


Penggunaan kerusi ini akan memudahkan proses membuang air bagi warga emas yang sukar berdiri atau bergerak jauh ke tandas, terutamanya pada waktu malam. Ia boleh diletakkan di sisi katil atau di bilik air. Ia membantu menjaga kebersihan diri warga emas dengan lebih mudah dan efisien.



Penggunaan kerusi rehat ini menyediakan sokongan ergonomik yang baik untuk tubuh, mengurangkan tekanan pada sendi, dan membantu pengaliran darah yang lebih baik serta memberikan tempat yang selesa untuk warga emas berehat, membaca, menonton televisyen, atau tidur sebentar pada siang hari, terutamanya bagi mereka yang menghabiskan banyak masa di atas katil.


Dengan membolehkan perubahan posisi badan, ia dapat membantu mengelakkan atau mengurangkan risiko kudis tekanan yang biasa dialami oleh warga emas terlantar dan ini memberikan rasa selesa dan dihargai, yang penting untuk kesejahteraan emosi warga emas.


Kami menyeru individu, keluarga, syarikat, dan komuniti untuk bersama-sama menjayakan kempen ini. Setiap sumbangan anda, walau sekecil mana pun, akan membawa manfaat besar kepada warga emas yang memerlukan. Mari bersama kita berikan keselesaan dan maruah yang sewajarnya kepada warga emas kita. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD PUDZI BIN ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 21, 2025

Kempen Sumbangan Tamat