BANTUAN KOS OPERASI KENDERAAN MADRASAH AL MUHSININ

RM390 / 3.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom kita bantu Madrasah Al Muhsinin untuk kos operasi kenderaan. Kita bantu madrasah untuk perjalanan anak-anak madrasah mencari ilmu dan menjadi generasi Islam yang akan menjalankan dakwah Islamiyah.


Assalamualaikum wbt. Madrasah Al Muhsinin Parit Yaani Batu Pahat adalah sebuah madrasah yang aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran, dakwah dan sukan. Mempunyai 25 guru dan kakitangan yang sentiasa berjuang untuk membentuk anak murid menjadi seorang mukmin yang dapat berdakwah pada masa akan datang.




Madrasah ini beroperasi hanya melalui yuran dan dana sendiri yang datangnya dari aktiviti dan penyumbang. Namun demikian kos operasi kadangkala hanya cukup untuk beroperasi sahaja. Apabila berlaku sesuatu atau aktiviti yang memerlukan kos tambahan maka terpaksalah pihak pengurusan memikirkan cara untuk menampung kos tersebut.



Pihak madrasah buat masa sekarang memerlukan sumbangan untuk menampus kos membaiki kenderaan yang membawa anak-anak madrasah. Madrasah memang telah ada kenderaan ini tetapi memerlukan dana untuk tambahan kos penyelenggaraan. Untuk itu marilah kita bersama-sama membantu madrasah untuk merealisasikan harapan ini.



“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”


Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat