Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jul 25, 2022

KEMPEN DANA VAN KEBAJIKAN CEO RAKYAT

RM3,280 / 1.99 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM165,000

195 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Hampir seluruh Malaysia telah diredah dengan menaiki motorsikal untuk membantu mereka yang memerlukan. Ayuh bantu kumpul dana untuk van kebajikan bersama CEO Rakyat.


Ini lah hero kita! Yang dikenali sebagai CEO Rakyat. Seorang hamba Allah swt yang sangat besar jiwa nya dalam membantu mereka yang dalam kesusahan. Sungguh tidak semua mampu untuk melaksanakan kebajikan seperti ini.



CEO Rakyat atau nama sebenar, Eky Ekmarl Mahathir Mohamed, bersendirian dengan hanya menunggang motosikal telah meredah sejauh 372 kilometer dari Kelana Jaya dengan hanya satu tujuan iaitu untuk membantu mangsa-mangsa insiden kepala air di Kampung Iboi Kupang, Kedah. Beliau menunggang motosikalnya untuk membawa pakaian terpakai disumbang kepada mangsa.



Motorsikal membataskan pergerakan CEO Rakyat untuk membawa lebih banyak barang untuk diberikan kepada mangsa-mangsa yang memerlukan. Kata CEO Rakyat juga, setiap hari Jumaat beliau akan memberi sedekah air bancuhan kepada orang ramai. Dengan adanya kenderaan seperti kereta van dapat membantu beliau memperluaskan lagi agihan sedekah ini.



Pihak PPIM tertarik dengan kisah yang dipaparkan di Astro Awani berkaitan seorang hero yang tidak didendang yang lebih dikenali dengan nama CEO Rakyat. Hampir keseluruhan negeri di Malaysia telah diredah untuk memberi bantuan. 



Van yang bakal dibeli adalah van Toyota Hiace 2.5 (M) Window Van. Van ini akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan di sekitar Malaysia, memberi sedekah Jumaat serta membantu mana-mana surau atau masjid yang memerlukan bantuan menggunakan van ini. 




Gambar: Astro Awani


Oleh itu pihak PPIM dengan kerjasama sumbangan.com ingin menyokong usaha murni yang dibuat oleh CEO Rakyat. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana untuk membantu membeli van untuk kegunaan CEO Rakyat dalam membantu mereka yang terkesan atau memerlukan bantuan segera.



Pihak PPIM menyeru orang ramai untuk membantu dengan menyumbang kepada kempen ini dan bersama kita menyokong usaha terbaik yang diberikan oleh CEO Rakyat. Semoga segala niat dan usaha baik ini diberikan ganjaran pahala yang luas. InsyaAllah. Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.


ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة


Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 27, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 23, 2024

NASARUDDIN BIN MOHAMAD ALI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat