DANA PEMBELIAN VAN UNTUK WARGA EMAS AL FATTAH

RM9,399 / 3.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM300,000

351 Penyumbang

50 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bantu membeli kemudahan pengangkutan untuk Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah bagi memudahkan pergerakan mereka ke hospital.


Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah (Al-Fattah), Semenyih mula beroperasi sejak Oktober 2018 untuk mengurus dan menjaga warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesakit psikiatri. Kebanyakan mereka di hantar dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak hospital atau NGO.



Penubuhan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini terjadi apabila terdetik di hati En. Azlan untuk menjaga warga emas yang terbiar, tidak berwaris dan gelandangan supaya mereka dapat dijaga dengan lebih baik dan teratur. Alhamdulillah kini terdapat seramai 20 penghuni yang ditempatkan di Rumah Warga Emas Al-Fattah.



Kami bersyukur masih ada yang prihatin untuk meringankan beban kami di rumah kebajikan ini. Namun, sejak awal tahun 2024 keadaan pengangkutan menjadi beban untuk kami membawa warga emas ini terutamanya setiap kali bagi mendapatkan rawatan kesihatan penghuni di hospital.




Yang lebih membimbangkan, penghuni bukan sahaja perlu mendapatkan rawatan secara bulanan, boleh jadi mereka juga perlu mendapatkan rawatan secara harian dan mingguan. Kerana kebanyakan penghuni di sini mempunyai penyakit kronik dan memerlukan penjagaan yang rapi.


Atas sebab itu, pihak pertubuhan memerlukan sebuah kenderaan khas yang diubahsuai bersesuaian dengan keperluan dan keselesaan untuk membawa para penghuni ini ke hospital.




Sebelum ini, kami hanya menggunakan sebuah kenderaan sedan yang diwakafkan kepada pihak pertubuhan. Kenderaan ini sempit dan tak sesuai untuk membawa penghuni yang menggunakan kerusi roda.



Kenderaan yang diwakaf kepada Pertubuhan


Jadi pihak Pertubuhan Kebajikan Al-Fattah menyasarkan dana sebanyak RM200,000 untuk pembelian sebuah van Toyota Hiace yang telah diubahsuai mesra kerusi roda untuk memudahkan pergerakan penghuni di sini.



Contoh van yang telah diubahsuai mesra kerusi roda



Quotation van yang telah diubah suai.




لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْم


“𝐾𝑎𝑚𝑢 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖-𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑏𝑎𝑗𝑖𝑘𝑎𝑛 (𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑚𝑝𝑢𝑟𝑛𝑎), 𝑠𝑒𝑏𝑒𝑙𝑢𝑚 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎 𝑠𝑎𝑗𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑛𝑎𝑓𝑘𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ𝑛𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑎ℎ𝑎 𝑀𝑒𝑛𝑔𝑒𝑡𝑎ℎ𝑢𝑖𝑛𝑦𝑎.” (Surah Ali Imran, ayat 92)



Marilah bantu mereka untuk pembelian van di Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah ini supaya mereka mendapat kemudahan untuk pergerakan harian mereka ke hospital.



Semoga sumbangan anda ini dapat menjadi asbab untuk anda masuk ke syurga. Selagi mana rumah dan kelengkapan ini digunakan untuk tujuan bermanfaat, selagi itulah pahala akan mengalir masuk ke akaun anda. Semoga anda semua dimurahkan rezeki wahai semua penyumbang yang dermawan. Amin Ya Rabb.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 14, 2024

HASLINDA BINTI MD ZAHRI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2024