Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN ASNAF IMAN & AMAL
Dimulakan pada Aug 15, 2022
RM3,010 / 2.51 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM120,000
188 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Iman dan Amal kini sangat memerlukan kenderaan disebabkan penghuni yang makin ramai iaitu seramai 40 hingga 50 orang. Dianggarkan sekurang-kurangnya tiga buah van diperlukan bagi kegunaan pertubuhan terutamanya untuk menghantar anak-anak ini bagi tujuan aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar, majlis graduasi dan untuk memenuhi jemputan luar.
Buat masa ini, pertubuhan hanya mampu menyewa beberapa van untuk kegunaan kecemasan dan aktiviti luar dan sewaan van ini memakan kos penyewaan yang agak mahal. Pihak pertubuhan juga terpaksa meminta bantuan dari Lembaga Getah Malaysia untuk memenuhi jemputan luar. Justeru itu, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Iman dan Amal berhasrat untuk membeli tiga buah van bagi memudahkan urusan pergerakan anak-anak. Dianggarkan kos pembelian sebuah van sekitar RM117,000 dan jumlah sumbangan yang diperlukan untuk tiga buah van adalah sebanyak RM350,000. Kempen ini dilancarkan untuk mengumpul dana bagi membeli sebuah van bagi fasa 1.
Terima kasih kepada semua penyumbang. Didoakan semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.
Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اليد العليا خير من اليد السفلى
Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 16, 2022
SHAZWAN RUSLIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Aug 15, 2022