PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Dimulakan pada Jan 17, 2022

INFAQ VAN JENAZAH

RM1,410 / 1.18 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM120,000

78 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Briged Prihatin dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma kepada masyarakat yang memerlukan.


Perkhidmatan van jenazah secara percuma untuk mereka yang kurang berkemampuan! Ayuh kita bantu!


Assalamualaikum wbt. Para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi, kami di Pertubuhan Briged Prihatin telah melancarkan kempen Infaq Van Jenazah.



Firman Allah SWT:

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah: 265)


Van Jenazah ini akan disediakan secara percuma bagi mereka yang ingin menggunakannya khususnya keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyewa van jenazah. Kami menfokuskan sekitar negeri Selangor dan mengkhususkan di kawasan kampung bukit kemandul, bandar saujana putra, kampung lombong dan jalan kebun serta kawasan sekitar. Walaubagaimanapun, perkhidmatan van jenazah percuma ini juga turut boleh membantu sesiapa sahaja yang memerlukan sama ada dalam Selangor atau pun luar negeri Selangor.



Semoga ianya menjadi amal jariah kita yang berkekalan dan berpanjangan dalam rangka memudahkan pengurusan jenazah serta ahli keluarga yang kurang berkemampuan.


Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” Riwayat al-Tirmizi (662). Beliau berkata, hadis hasan sahih.


Ayuh! Bersama kami Pertubuhan Briged Prihatin, kita bantu dengan kemampuan yang kita ada untuk Infaq Van Jenazah ini.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 18, 2022

NUR

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat