VAN JENAZAH UNTUK MASYARAKAT

RM40 / 0.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

3 Penyumbang

67 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu kami untuk menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma kepada masyarakat yang memerlukan dengan menjayakan kempen ini.


Setiap hari, pasti ada kematian yang berlaku di dalam kehidupan kita. Tak kiralah siapa mereka, samada keluarga sendiri atau orang lain. Namun, dari satu sudut yang berbeza. Ramai masyarakat yang mempunyai masalah dalam pengurusan perjalanan terakhir pemergian seseorang. Terutama sekali dalam membiayai perbelanjaan pengurusan jenazah.



Masya-Allah, Allah izinkan kami untuk melangkah maju ke hadapan dalam membantu menyediakan landasan dalam mempermudahkan urusan mereka. Usaha selagi perlu, kongsi selagi mampu.



Rasulullah SAW bersabda:


"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya."


Hasil daripada sumbangan akan kami gunakan untuk pembelian sebuah van jenazah yang lengkap untuk digunakan nanti.



Sekali lagi, Sahabat Adyan Nadzir Care terpanggil untuk tampil ke hadapan untuk melaksanakan kempen infaq van jenazah ini. Kami meneruskan usaha ini untuk menyediakan dan memberikan perkhidmatan van jenazah percuma kepada masyarakat yang memerlukan. Dalam keadaan sekarang, pelbagai kisah keperitan yang kita baca dan dengar, terutama sekali di saat menghadapi kesukaran dalam menguruskan jenazah.



Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2024

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 23, 2024