BANTUAN VAN JENAZAH KEPADA GOLONGAN ASNAF DAN FAKIR MISKIN

RM2,945 / 1.96 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

163 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh! Bersama kami mencari pahala dunia dan akhirat, selagi mana van jenazah yang kita sumbangkan berjalan untuk mengangkat jenazah selagi itulah pahala kita akan mengalir Allahuakbar. Amin


"Bersama-sama Kita Memudahkan Urusan Fardhu Kifayah". 


Assalamualaikum saudara-saudari yang dirahmati Allah SWT. Di sini kami memohon & menyeru kita semua untuk bersama-sama menyumbang ke atas kempen ini. Tujuan kami adalah untuk mendapatkan sebuah van jenazah yang akan diinfaqkan atas nama Pertubuhan Bergerak Amal Kebajikan Tarbiah Insan Sabah (Bakti) untuk kegunaan golongan Asnaf & Fakir Miskin seluruh Sabah khususnya Masyarakat di daerah Tawau.


Golongan ini kurang berkemampuan & berkemungkinan  kewangan yang ada cukup cukup hanya untuk membeli keperluan harian seumpamanya "kais pagi makan pagi kais petang makan petang". Jadi di dalam menguruskan hal jenazah bila berlakunya kematian. Mereka  ini terpaksa memikirkan macamana hendak mendapatkan wang dengan khidmat van jenazah yang memerlukan wang untuk membayar pekhidmatan van jenazah tersebut. Disini kami sebagai PERTUBUHAN KEBAJIKAN AMAL sedia berkhidmat dengan secara sukarela akan membantu masyarakat yang berada di dalam kesusahan yang memerlukan perkhidmatan kami.



Kami amat berharap, dengan adanya van jenazah yang baru ini, Masyarakat ini mampu menyempurnakan urusan pengebumian jenazah dengan lebih cepat dan tidak perlu lagi membayar wang ringgit untuk mendapatkan van jenazah.


Sesungguhnya sebaik-baik jenazah itu perlu disegerakan urusan pengebumiannya. Kami amat berharap budi baik & kesudian saudara-saudari menyumpang ke atas kempen ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikan tersebut.


Kami menitipkan doa buat saudara-saudari semua, semoga kita semua berada di bawah lindungan-NYA. Sentiasa dibawah rahmat – NYA. Semoga ada catatan kebaikan kita di bawa ke langit-NYA.


Terima kasih kami ucapkan pada semua #Penyumbang 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

KHAIRUL HAZWAN BIN KHAIRUDIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2022

NUR & KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 09, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat