Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin

Dimulakan pada Jun 15, 2022

SUMBANGAN DANA PEMBELIAN VAN

RM1,410 / 2.82 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

89 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sama-sama menyumbang untuk membantu kami mendapatkan sebuah van bagi kegunaan anak-anak tahfiz ini.


Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Aznan bin Ismail dan Allahyarhamah Hjh Fauziah Bt Abul Khassim. PTDH merupakan sebuah institusi Tahfiz Berintegrasi yang menggabungkan Pengajian Hafazan Al-Quran, Pengajian Deeniah serta Akademik. PTDH menyediakan platform pembelajaran bermula daripada Pra-Tahfiz iaitu peringkat tadika, peringkat sekolah rendah dan seterusnya peringkat menengah.



PTDH terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan mempunyai pelajar di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah. Pengajian di PTDH merangkumi subjek agama KAFA dan juga subjek akademik (UPSR). Namun, pembelajaran utama di PTDH adalah Hafazan Al-Quran dan Akhlak. PTDH juga mempunyai cawangan di peringkat menengah yang terletak di Batu 10, Gombak yang dikenali sebagai Darul Haafizhiin Al-Furqan.



Pihak kami mempunyai kesukaran untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi akibat ketiadaan kenderaan. Sebuah van amat diperlukan untuk kegunaan pelajar bagi menghadiri solat jumaat, bersukan, kegunaan pengangkutan dan lain-lain. Justeru, kami di pihak PTDH ingin memohon bantuan para penderma untuk membantu kami dalam merealisasikan impian anak-anak tahfiz untuk mendapatkan sebuah van bagi melancarkan aktiviti persekolahan mereka.



Untuk makluman semua, Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin juga telah merangkul Anugerah Tahfiz Swasta Terbaik 2019 daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di atas pencapaian pelajar yang cemerlang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 011-54215400 (En. Muiz) untuk pertanyaan lanjut.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏

Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." - Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2022

MUHAMMAD HUSSAINY YUSREE BIN MOHD DIAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2022

MUHAMMAD HUSSAINY YUSREE BIN MOHD DIAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat