SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN MADRASAH BAITUL QURAN

Dianjurkan oleh:
MADRASAH BAITUL QURAN
Dimulakan pada:
27 May, 2022
SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN MADRASAH BAITUL QURAN
0.36%
RM1,075
/RM300,000
52
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita menyumbang agar projek pembangunan Madrasah Baitul Quran ini dapat dijalankan dengan lancar. InsyaAllah.

Alhamdulillah, pada awal tahun 2019, seorang hamba Allah telah mewakafkan sebidang tanah berkeluasan 2 ekar yang terletak di Kampung Gong Balai, Marang, Terengganu kepada pihak pengurusan MBQ untuk dijadikan pusat pengajian tahfiz dan pengajian alim.

Sehubungan itu, dengan keputusan bersama yang disepakati oleh pihak pengurusan MBQ akhirnya bersetuju untuk menubuhkan satu lagi pusat pengajian tahfiz yang dinamakan sebagai Madrasah Baitul Quran (MBQ) di tanah tersebut dan  pembinaannya telah dimulakan pada akhir Ogos 2019.

Alhamdulillah, pada tarikh 1 September 2020, Madrasah Baitul Quran di Gong Balai telah pun siap sepenuhnya dengan jumlah pelajar yang ada adalah seramai 28 orang. Pada awal bulan Disember 2020, Madrasah Baitul Quran telah diluluskan pendaftaran di bawah Jheat.03-018/14/247.

Kini pada tahun 2022, bilangan pelajar yang ada adalah seramai 40 orang. Bangunan asrama dan kelas sedia ada tidak dapat menampung lebihan pelajar.  Oleh itu, pihak kami ingin menambah lagi dua bangunan dimana setiap darinya seluas 20x60 kaki persegi.

Alhamdulillah kini kami telah berjaya mengumpulkan sedikit dana daripada orang ramai dari kalangan komuniti kampung sebanyak 40%, dan kini projek telahpun berjalan dengan menggunakan dana sedia ada. Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM300,000.00 untuk membangunkan bangunan tambahan asrama dan kelas untuk kemudahan pelajar Madrasah Baitul Quran. 

Oleh itu, saya menyeru kepada semua, marilah bersama-sama kita bantu bagi menjayakan lagi projek pembangunan ini, semoga Allah S.W.T terima amalan kita semua InsyaAllah Ameen.

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار 

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

12 Dec 2022

Laporan Terkini Berkenaan Pembinaan Asrama & Kelas Pengajian kitab Tahun Satu & Dua dan Makluman Memohon Sumbangan Untuk Kelas Pengajian Kitab Bagi Tahun 3,4,5.

     Alhamdulillah pembinaan Asrama dan Kelas Pengajian Alim bagi tahun Satu dan Dua telah pun siap sepenuhnya pada 15hb Oktober 2022.

Pihak kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan ikhlas Tuan/Puan semoga segala usaha murni ini diberkati Allah Jua dan mendapat ganjaran kebajikan yang berkekalan di Akhirat.

     Pihak Madrasah bercadang untuk menambah lagi satu Bangunan Kelas Pengajian Alim bagi tahun 3,4 & 5.

Sehubungan dengan itu, kami merayu dan memohon sudilah kiranya Tuan/Puan yang bermurah hati memberi sumbangan jariah ikhlas demi menjayakan hasrat murni tersebut.

     Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Ustaz Muhammad Nur Iqbal 018 375 4373 atau Ustaz Muhammad Nur Hasbi 014-901 2048

Jazakumullahukhairankasira..

26 Aug 2022

27 Jul 2022

22 Jun 2022

20 Jun 2022

06 Jun 2022

02 Jun 2022

02 Jun 2022

02 Jun 2022

InshaAllah minggu depan konkrik lantai.

01 Jun 2022

31 May 2022

31 May 2022

Beam bawah dan 6 tiang sudah siap dan esok akan sambung lagi tiang seterusnya, kini sedang proses masuk pasir untuk buat lantai.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 04, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 20, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAQ PENGHAWA DINGIN BARU DAN CAT DINDING UNTUK SURAU ARRIYADURROHMAN
PENAPIS AIR ROSAK DAN MEMERLUKAN YANG BARU UNTUK KEGUNAAN JEMAAH
BINA KEMUDAHAN KEBERSIHAN SEMPURNA UNTUK PONDOK
DANA PEMBINAAN MASJID AL MARHAMAH
INFAQ PEMBELIAN TAMBAHAN SPEAKER DALAMAN BARU SURAU AS-SYABAB
Kempen Sumbangan Tamat