Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada May 27, 2021
RM114,458 / 100.02 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM114,435
2764 Penyumbang
Kempen Berjaya
WAKAF AIR BERSIH ANAK YATIM & TAHFIZ (FASA 3)
Mungkin anda tertanya-tanya,
”Bagaimana aku boleh menumpang berkat mereka untuk bekal akhirat aku kelak?”
Anak-anak yatim & asnaf, anak Tahfiz, penghuni rumah kebajikan, Pelajar di Pusat Pengajian yang kami santuni amat memerlukan bekalan sumber air bersih.
Untuk minum mereka,
Untuk ibadah mereka,
Untuk kesihatan jasmani mereka,
Untuk rohani mereka yang perlu dipelihara.
Bayangkan dalam setiap kemudahan mereka mengalunkan bacaan al-quran, ada bahagian pahala Tuan/Puan yang membantu mereka melalui sumber air bersih yang mereka nikmati.
Saad Bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah: Sedekah apakah yang paling afdal?
Rasulullah SAW bersabda: Air.”
Tuan/Puan, wakaf penapis air ini adalah satu amal yang pahalanya mengalir berterusan.
Dari wakaf ini, kehidupan dan sumber makan minum anak-anak, pelajar dan penghuni rumah kebajikan ini lebih terjamin.
Tidak ada kebetulan anda membaca kempen kami ini melainkan Allah sedang buka pintu untuk beramal.
Terus bantu kami dalam menyediakan air bersih.
Untuk FASA 3, 15 buah rumah di mana-mana sahaja di Malaysia YANG MEMERLUKAN insyaallah juga akan menjadi ladang pahala kita.
Sepertimana mengalirnya air berih yang anak-anak ini nikmati kelak, kami doakan semoga begitulah tanpa henti pahala mengalir dalam saham akhirat Tuan/Puan.
Dana Diperlukan: RM 114,435
Dana ini adalah termasuk penghantaran, pemasangan, penyelenggaraan, pemasaran dan lain-lain kos untuk menjayakan kempen ini.
Anda juga boleh menghadiahkan wakaf air bersih ini di atas nama sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau saudara mara sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Sepertimana mengalirnya air bersih yang anak-anak ini nikmati kelak, kami doakan semoga begitulah tanpa henti pahala mengalir dalam saham akhirat Tuan/Puan.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 29, 2021
MOHD YUNUS BIN DAWOOD
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 28, 2021
MAISARAH BINTI ZULKIPLI
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 28, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 28, 2021