Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM4,000 / 8.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
163 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Sekolah Menengah Islam Darul Izzah mengalu-alukan dan merayu sumbangan dari orang ramai berbentuk infaq/ sedekah/ zakat/ tajaan dan sebagainya daripada orang ramai khususnya bagi menyiapkan pembinaan Masjid Darul Izzah ini yang masih berbaki sebanyak RM500,000.00 untuk disiapkan sepenuhnya. Bangunan masjid yang berkeluasan sekitar 11,000 kps ini akan dimanfaatkan sepenuhnya khususnya para pelajar di Darul Izzah ini dan juga masyarakat kampung yang tinggal berhampiran disini.
Sehingga kini, aras bawah bangunan masjid ini telah siap sepenuhnya sebanyak 6 kelas dan sedang digunakan sebagai kelas pengajian pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan 1 ruangan untuk bilik guru. Kini, pihak Darul Izzah masih memerlukan kos sebanyak RM500,000.00 untuk menyiapkan sepenuhnya bahagian Masjid Darul Izzah ini di aras 2 dan 3.
Kami di pihak Darul Izzah juga boleh menyediakan resit pelepasan cukai LHDN dan resit zakat LZNK kepada individu atau syarikat yang menyumbang dalam pembinaan masjid ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan resit zakat dan cukai ini boleh hubungi pihak sekolah di talian 0134045145 - Ustaz Mohammad Iqbal Bin Abu Yaziz (Pengetua SMI Darul Izzah).
Pihak SMI Darul Izzah juga mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk datang melihat sendiri perjalanan pembinaan masjid ini yang sedang berjalan di Sekolah Menengah Islam Darul Izzah bertempat di Lot 2145, Kampung Perupok, 06900 Yan, Kedah Darul Aman.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 09, 2022