ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jan 26, 2024

SUMBANGAN AIR BERSIH UNTUK SRI LANKA

RM150 / 2.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Penduduk Islam di Sri Lanka sangat memerlukan air bersih. Jom bantu mereka!


Kebanyakan keluarga seperti di Mannar, Batticolao, Trincomalee dan Puttalam berhadapan dengan cabaran asas - seperti akses air bersih. Bagi mendapatkan air bersih dan minuman ini mereka menghadapi tugas yang sukar kerana mereka perlu berjalan sejauh 1-2 km luar dari kawasan rumah mereka di kedai-kedai atau kawasan yang ada telaga air bersih. 



Tugas yang dipikul ini sangat sukar dan kebanyakan tugas ini dipikul oleh kaum wanita dan kanak-kanak yang membantu ibunya bagi melakukan tugasan-tugasan rumah.



Terdahulu ketua projek Sri Lanka ada membuat tinjauan ke beberapa kawasan dan titik lokasi yang sesuai untuk membina telaga. Hasil tinjauan itu mendapati bahawa telaga yang sedia ada ini agak susah untuk mengalirkan kuantiti air yang banyak kerana telaga tersebut di paras cetek.



Hal tersebut boleh membawa kepada krisis sekiranya tidak ditangani segera terutama musim kemarau yang panjang. Selain itu, ada beberapa cadangan kawasan telaga akan dibina berdekatan kampung orang Islam juga. Di kebanyakan kawasan penempatan orang Islam bekalan kemudahan asas seperti air dan elektrik kurang diberi perhatian oleh kerajaan mereka. 



Adapun kos menggali telaga dalam pula yang kedalamanya melebihi 100 kaki adalah di luar kemampuan. Banyak keluarga di sini semuanya tergolong dari golongan yang rentan dan berpendapatan rendah. Permintaan untuk bina telaga dalam sangat tinggi!



Oleh itu, Iltizam merayu kepada para penderma bantu saudara seislam di Sri Lanka. Negara Sri Lanka akan dijangkakan muflis pada bila-bila masa sekiranya kerajaan Sri Lanka gagal melangsaikan hutang luar negaranya.



Jom bantu masyarakat Islam di Sri Lanka membina telaga air bersih. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web kami di  watertank.iltizamrelief.com.


Jom #buatbaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2024

Kempen Sumbangan Tamat