KUTIPAN DANA VAN RUMAH BAKTI NUR AIN BANGI

RM645 / 1.29 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

27 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kenderaan van amat diperlukan bagi kegunaan harian dan juga aktiviti luar serta menghadiri jemputan program luar. Bantu realisasikan impian kami.


Pelawaan mengambil bahagian dalam Program Saham Sumbangan Van Rumah anak-anak yatim Nur Ain. Mohon bantuan semua untuk kongsikan kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan sahabat-handai. Kami mengalu-alukan sumbangan amal jariah dari anda semua membeli sebuah van untuk keperluan pengangkutan anak-anak ke sekolah dan aktiviti luar serta kegunaan penting yang lain.




Buat makluman semua, dana yang diperlukan untuk membeli sebuah van adalah bernilai lebih kurang RM150,000. Kami mempunyai penghuni seramai 25 orang anak-Anak dan penjaga 5 orang. Kenderaan van yang sekarang tidak mencukupi untuk membawa anak-anak ke sekolah dan menghadiri majlis. Dengan keluasan sebuah van yang sedia ada, kami terpaksa berhimpit atau perlu menambah untuk menaiki grab ke sesuatu tempat.



Justeru itu, kami ingin memohon bantuan untuk membeli sebuah lagi van bagi memudahkan aktiviti harian anak-anak. Sumbangan ikhlas kami mohon daripada penderma untuk menyumbang bagi dana pembelian van untuk kegunaan anak-anak disini. Segala sokongan, dukungan dan keprihatinan Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang berkekalan.



Pihak kami amat berharap akan terwujudnya silaturahim antara pengendali rumah bakti ini dan penyumbang-penyumbang yang terlibat dalam perlaksanaan kempen ini demi mencari keredhaan Ilahi. Di samping itu juga, pihak kami berharap supaya semua pihak yang terlibat akan mengikhlaskan diri serta bersifat berterusan.



مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)

Sebarang pertanya boleh berhubung terus di talian 0133883216/ 01338883261. Jika ingin terus menziarahi kami, anda boleh ke alamat No 10 jalan 2/4h Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat