INFAQ PEMBANGUNAN PUSAT ASNAF

RM3,197 / 0.32 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

69 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pusat Asnaf Integrasi adalah model pertama seumpamanya di Malaysia untuk pembangunan asnaf dari segi kebajikan, pendidikan asas agama & sokongan ekonomi. Infaq program ini berbentuk sedekah jariah.


INFO SADAQAH CENTRE. Sadaqah Centre adalah Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia(ROS) yang aktif dan berpenglaman menjalankan program-program bantuan kebajikan & kemanusiaan di dalam dan luar negara. Program seperti Bantuan Fakir Miskin di Malaysia, Bantuan Covid19, Bantuan Banjir, Bantuan kepada pelarian Syria, Palestin dan banyak lagi telah dilaksanakan dengan jayanya bagi membantu mereka yang kesusahan dan memerlukan khususnya golongan asnaf seperti ibu tunggal, anak yatim serta fakir miskin.


PENGENALAN PROJEK WAQAF

Sabda Rasulullah SAW: إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. رَوَاهُ مُسْلِم Maksudnya: “Apabila mati seorang anak adam, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Hadis Riwayat Muslim)


Sadaqah akan membina sebuah Pusat Asnaf Integrasi Sadaqah Centre dimana ia adalah model pertama yang seumpamanya di Malaysia. Semua program berkaitan kebajikan & pembinaan Asnaf akan diuruskan di bangunan yang bakal dibina ini secara integrasi.



Tanah cadangan tempat pembinaan bangunan Pusat Asnaf.


FUNGSI PUSAT ASNAF INTEGRASI

Pusat Asnaf Integrasi Sadaqah Centre yang akan dibina berfungsi sebagai:


1) Rumah Perlindungan Asnaf

- Asnaf khususnya ibu tunggal, anak yatim dan juga fakir miskin yang kehilangan tempat tinggal akan dibenarkan tinggal di pusat ini sepanjang tempoh yang dipersetujui sementara mereka berusaha untuk mampu menyewa sendiri.

- Asnaf tersebut akan diberikan tanggungjawab untuk berkhidmat menjaga kebersihan pusat ini sebagai satu khidmat kebajikan/fi sabilillah.


2) Pusat Ilmu

- Musolla/surau akan dibina untuk menjalankan solat jemaah & dimanfaatkan juga bagi majlis-majlis ilmu & pengajian agama untuk masyarakat umum.

- Majlis/pengajian dijalankan secara berjadual yang dibahagikan kepada 3 bentuk iaitu pengajian Al Quran, pengajian Fardhu Ain & ibadah.


Sesi kelas pengajian agama untuk muallaf yang sedang dijalankan oleh Sadaqah Centre


3) Pusat Ekonomi berbentuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

- Pusat ini juga akan dimanfaat untuk program/aktiviti keusahawanan yang boleh dijadikan sumber pendapatan operasi pusat dan peluang pekerjaan kepada asnaf yang memerlukan.


4) Pejabat Pentadbiran

- Pejabat ini akan menjadi pusat pengurusan dan pentadbiran segala aktiviti/program kebajikan akan diuruskan oleh Sadaqah Centre bersama rakan-rakan NGO lain.



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM11.00

Apr 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat